awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sri Lanka perkukuh hubungan dengan Malaysia, seru diaspora bantu ekonomi
Satu kluster tibi dikesan di Kota Tinggi, 804 disaring, 33 positif - Dzulkefly
Arab Saudi, Turkiye sepakat tingkatkan kerjasama pertahanan melalui platform pelbagai hala
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: "Ada pondok panas, ahli BN, PN berkumpul depan Pusat Mengundi" - Syed Ibrahim

Firdaus Azil
Firdaus Azil
12/03/2022
05:08 MYT
PRN Johor: "Ada pondok panas, ahli BN, PN berkumpul depan Pusat Mengundi" - Syed Ibrahim
Syed Ibrahim Syed Noh mendakwa, Barisan Nasional (BN) membuka warung yang menyediakan makanan dan minum berhampiran Pusat Mengundi. - Gambar FAHMI FADZIL
TANGKAK: Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Johor, Syed Ibrahim Syed Noh hari ini mempersoalkan tindakan beberapa parti yang sengaja melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, yang berlaku di Dewan Undangan Negeri (DUN) Gambir.
Ahli Parlimen Ledang itu mendakwa, terdapat wakil atau ahli parti Perikatan Nasional yang sengaja membuka pondok panas dalam jarak 50 meter dari Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Sagil Kampong di sini.
Selain itu, beliau mendakwa, pihak Barisan Nasional (BN) membuka warung yang menyediakan makanan dan minum berhampiran pusat mengundi tersebut yang jelas kelihatan bendera dengan simbol dacing.
“Memang masih ada pondok panas, memang masih ada berhimpun bertenggek di kawasan 50 meter dari Pusat Mengundi.
“Ini kesalahan di bawah Seksyen 26, Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954. Sangat jelas. Jadi saya ambil tindakan tadi, saya jumpa Pegawai Pililihan Raya SPR, saya katakan dia kena ambil tindakan.
“Menurut beliau tindakan telah diambil, arahan untuk bersurai, tapi berkumpul balik. Ini perangai lama, budaya buruk bagi saya.
“Saya tinjau ada pondok panas PN, bukak meja depan sekolah. Ada kerusi, duduk ramai-ramai. Apa tujuan dia? Hari ini tak boleh lagi merayu undi,” tegasnya dalam hantaran di akaun Facebooknya pada Sabtu.
https://www.facebook.com/watch/?v=1245257515884829&extid=CL-UNK-UNK-UNK-AN_GK0T-GK1C&ref=sharing
Syed Ibrahim berkata, sekiranya pihak berkenaan masih enggan bersurai, pegawai pilihan raya tersebut sewajarnya melaporkan perkara itu kepada pihak berkuasa termasuk Polis Diraja Malaysia. Ketika ini media telah mengajukan dakwaan ini kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya, dan masih sedang menunggu maklum balas.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#pondok panas
#BN
#PN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan