MUAR: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) buat pertama kalinya tampil mempertaruhkan calon mereka di 42 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor, 12 Mac ini.

Presidennya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata semua calon yang dikemukan mempunyai latar belakang berbeza dengan 54 peratus merupakan mereka yang berusia 50 tahun ke bawah.

Menariknya pada pengumuman yang dibuat di Muar pada petang Khamis, anak sulung kepada bekas Menteri Besar Johor, Allahyarham Datuk Osman Sapian akan mempertahankan kerusi dimenangi bapanya di DUN Kempas manakala Ketua Pejuang Johor Datuk Dr Shahruddin Md Salleh dicalonkan di DUN Machap.

“Daripada 42 calon yang diumumkan hari ini, seramai empat calon wanita turut dipertandingkan dan rata-rata calon yang kita ketengahkan merupakan mereka yang pertama kali menyertai parti politik.

“Memandangkan pilihan raya ini yang pertama ditandingi parti Pejuang, 100 peratus calon adalah muka baru dan ini merupakan tawaran Pejuang kepada pengundi Johor yang mana kami telah meneliti secara mendalam supaya dapat menubuhkan sebuah kerajaan yang mengikut selera rakyat,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Mengulas lanjut katanya, dengan kriteria calon-calon yang dipertaruhkan parti itu yakin mampu melaksanakan tiga janji kepada warga Johor menerusi tema Aspirasi Johor yang diumumkan oleh Pengerusi, Tun Dr Mahathir Mohamad semalam.

BACA: PRN Johor: Pejuang tawar sembilan aspirasi untuk rakyat Johor

“Mengambil kira kriteria calon, ramai yang layak tetapi kita sedar bahawa kita hanya boleh meletakkan satu calon di setiap kerusi.

“Keputusan telah dicapai dan dengan calon-calon yang dipertaruhkan kita yakin Aspirasi Johor yang akan dibawa oleh parti ini dapat dilaksanakan,” tambahnya.

Berikut senarai penuh calon Pejuang untuk PRN Johor:

N01 Buloh Kasap - Mohd Hanafi Ahmad

N03 Pemanis - Dr. Hj Azita Amein

N04 Kemelah - Noriza Sahardin

N05 Tenang - Mohd Fauzi Bachok

N07 Bukit Kepong - Md Taib Md Suhut

N08 Bukit Pasir - Mohd Akhiri Mahmood

N09 Gambir - Suraya Sulaiman

N10 Tangkak - Muhammad Airel Zabridin

N11 Serom - Abdul Azim Abdul Malek

N13 Simpang Jeram - Mahaizal Mahmor

B14 Bukit Naning - Datuk Ibrahim Shafe’e

N15 Maharani - Riad Ahmas

N16 Sg Balang - Intan Nadira Shafika Mustafa Kamal

N17 Semerah - Mahdzir Ibrahim

N18 Sri Medan - Mohd Firdaus Abdul Malek

N20 Semarang - Adzlan Raju

N21 Parit Yaani - Mohd Ridhauddin Mohd Tahir

N22 Parit Raya - Abdul Lateef Mahrani

N24 Senggarang - Zalihah Jaffar

N25 Rengit - Nizam Bashir Abdul Kariem Bashir

N26 Machap - Datuk Shahruddin Md Salleh

N27 Layang- Layang - Ahmad Shafiq Othaman

N30 Paloh - Aminuddin Johari

N31 Kahang - Rosdi Amir

N32 Endau - Zaini Tahar

N33 Tenggaroh - Mohd Firdaus Abd Rahman

N34 Panti - Ahmade Mohd Din

N35 Pasir Raja - Mohd Yusri Yusof

N36 Sedili - Tariq Ismail Mustafa

N37 Johor Lama - Mohd Shukor Ahmad

N38 Penawar - Rahmatullah Kamilin

N39 Tanjung Surat - Samat Atan

N40 Tiram - Datuk Abdul Aziz Harun

N41 Puteri Wangsa - Dr Khairil Anwar Razali

N43 Permas - Mahaya Ahad

N44 Larkin - Mohamad Riadz Tan Sri Mohamad Hashim

N47 Kempas - Nornekman Datuk Osman

N49 Kota Iskandar - Dr Zaini Abu Bakar

N50 Bukit Permai - Mokhtar Abdul Wahab

N53 Benut - Iskandar Noor Ibrahim

N54 Pulai Sebatang - Abd Rashid Abd Hadi

N56 Kukup - Zamzam Hashim