PILIHAN RAYA Raya Negeri (PRN) Johor -  sejauh manakah kemampuan calon muka baharu untuk membuat kejutan, menewaskan orang lama bahkan nama-nama besar?

Andai pengalaman dan politik menjadi ukuran, adakah laluan mereka yang muka baharu lebih sukar dan berliku?

Adakah iltizam, semangat, kesungguhan mereka untuk melakukan perubahan akan mengubah sentimen pengundi dan kemudiannya diterjemahkan pada kertas undi?

Dan, adakah semangat serta tawaran mereka mampu menarik pengundi, bukan sahaja anak muda dan pengundi baharu tapi seluruh segmen pengundi keluar membuang undi 12 Mac nanti?

Semuanya akan dijawab tiga calon muka baharu dalam program Dialog Tiga Penjuru di Astro AWANI pada Khamis malam yang membawakan tajuk: “PRN Johor: Tuah Pertama Kali?”.

Jangan lupa, saksikan Dialog Tiga Penjuru pada jam 8.30 malam ini yang akan menampilkan tiga calon PRN Johor iaitu daripada Pejuang, Muhammad Airel Zabridin, Mohd Fared Khalid (BN) dan Lim Wei Jiet (MUDA).