awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'I LITE U': Penutupan Jalan Sultan Ismail, Jalan Bukit Bintang bermula 8 pagi esok
Proses kenal pasti mangsa kebakaran di pusat peranginan Switzerland mungkin ambil masa
Polis siasat insiden lelaki meluru ke arah kereta sedang bergerak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Hasni ada kriteria sebagai MB, pernah atasi kemelut politik - Penganalisis

Hilmi Malik
Hilmi Malik
05/02/2022
10:18 MYT
PRN Johor: Hasni ada kriteria sebagai MB, pernah atasi kemelut politik - Penganalisis
Datuk Hasni Mohamad memiliki kriteria untuk menyandang jawatan MB Johor selain pernah mengatasi beberapa krisis, kata Sivamurugan Pandian. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR : Tindakan Barisan Nasional (BN) menamakan kembali Datuk Hasni Mohamad sebagai Menteri Besar (MB) sekiranya gabungan itu memenangi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor disebabkan beliau mempunyai beberapa kriteria untuk menyandang jawatan itu selain pernah mengatasi beberapa krisis.
Penganalisis politik dari Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Sivamurugan Pandian berkata, langkah yang diambil oleh BN juga membolehkan Hasni untuk meneruskan agenda beliau dan dasar sedia ada.
“Beliau (Hasni Mohammad) telah berdepan dengan kemelut politik dan saya percaya ini bukan hanya pilihan parti bahkan mungkin diterima ramai khususnya pengundi.
“Perkara itu juga membolehkan beliau bawa kesinambungan daripada apa yang telah dilakukan sebelum ini dan jika menang maka beliau mampu teruskan agenda sebelum ini,” katanya kepada Astro AWANI pada Sabtu.
Rasional BN kembali mencalonkan Hasni sebagai MB Johor juga, jelas Sivamurugan, bertitik tolak pada kebijaksanaan figura mengekalkan kestabilan politik dalam kalangan parti meskipun mempunyai majoriti dua kerusi.
Ditanya mengenai kemungkinan Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik sebagai calon MB Johor pula, beliau berpendapat, PH perlu berhati-hati selain memastikan calon tersebut diterima ramai.
“Nama Maszlee sudah lama ditimbulkan dan saya rasa PH perlu hati-hati kerana beliau perlu berdepan dengan peranan sebagai Ahli Parlimen dan juga Menteri Besar
“Perkara ini bukan mudah tapi saya percaya PH mungkin ada rasional tersendiri jika menamakan calon tersebut.
“Selain faktor ketokohan, penting untuk memastikan calon itu bukan hanya diterima di dalam parti sebaliknya dalam kalangan pendundi itu sendiri,” ujarnya lagi.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bakal mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh-tarikh penting bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 9 Februari ini.
PRN Johor juga dijangka menyaksikan perubahan besar berlaku apabila buat pertama kalinya melibatkan pembabitan golongan Undi18.
Topic Berkaitan
#Barisan Nasional
#Hasni Mohammad
#PRN Johor
#Menteri Besar Johor
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan