awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bot persiaran karam, lima kru terselamat 17 jam terapung di laut
VM2026: Duta AS cadang pelancong Amerika kenali Malaysia lebih dekat
Alpha teruja jayakan 'Assalamualaikum Terengganu'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: "Nak tahu kubu siapa kuat tunggulah 12 Mac" - Najib

Hilmi Malik
Hilmi Malik
03/03/2022
16:21 MYT
PRN Johor: "Nak tahu kubu siapa kuat tunggulah 12 Mac" - Najib
Fokus Barisan Nasional ketika ini bukan soal kemenangan sebaliknya mutu perkhidmatan kepada rakyat, kata Najib. - Gambar/ Bernama
MERSING : Gelanggang Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor akan menjadi medan membuktikan sejauh mana kekuatan Barisan Nasional (BN) dalam memenangi hati pengundi di Mersing.
Menurut Pengerusi Lembaga Penasihat BN, Datuk Seri Najib Razak, beliau tidak gentar berhubung dakwaan Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyatakan Mersing bukan lagi kubu kuat BN.
“Kita tunggulah, semua orang boleh kata macam-macam... tapi 12 Mac nanti kita tengoklah Tenggaroh dan Endau kubu siapa,” katanya mengulas kenyataan Ketua Pembangkang itu.
Najib berkata demikian selepas menghadiri Majlis Makan Malam bersama Jentera dan calon Barisan Nasional DUN Tenggaroh dan Endau di Air Papan, Mersing pada malam Khamis.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
Tambahnya, BN ketika ini tidak menumpukan soal kemenangan sebaliknya ingin fokus kepada mutu perkhidmatan terhadap rakyat.
Mengulas mengenai sesi jelajahnya di Mersing, Najib berkata, pihaknya menerima respons yang positif dalam kalangan pengundi pelbagai kaum.
Terdahulu, Anwar mendakwa kawasan itu bukan lagi kubu kuat BN setelah mengambil kira soal kepercayaan pengundi terhadap parti itu, seterusnya meminta pengundi untuk bangkit membawa perubahan.
Topic Berkaitan
#Najib Razak
#Barisan Nasional
#PRN Johor
#Johor Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan