KUALA LUMPUR: Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan pihaknya perlu mendapatkan pandangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) sebelum sebarang keputusan berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dibuat.
Bagaimanapun, pihaknya bersedia untuk bertemu dengan kepimpinan negeri Johor jika sebarang keputusan dimuktamadkan.
"Kita mesti mendapat pandangan KKM, orang Johor akan tanya apa bezanya PRN Melaka dan PRN Sarawak sekiranya PRN Johor diteruskan, bukan untuk saya menentukan.
"Apabila ia diputuskan nanti, tugas saya menteri yang mengkoordinasikan COVID-19 diantara kementerian2. Saya akan bawa bersama kita kepada kepimpinan negeri Johor dan kita tunggu keputusan dulu," jelasnya dalam sidang media di sini, pada Isnin.
BACA: PRN Johor: Ia akan terus menjadi tanda tanya - MB
BACA: PRN Johor: Keputusan UMNO bertanding solo hanya boleh diputuskan secara konsensus
Menurutnya, sekiranya perlu dilakukan PRN Johor, sudah menjadi kemestian agar prosedur operasi standard (SOP) seperti di PRN Melaka, Sabah dan Sarawak dikenakan.
BACA: 'PRN Johor mungkin picu kepada PRU15 tahun ini'
"Untuk COVID-19, jangan takut-takutkan orang ramai, yang penting sekiranya keputusan perlu diadakan PRN biarlah ia berjalan dengan selamat.
BACA: Pas sedia hadapi PRN Johor - Abdul Hadi
"Apa pengalaman kita di Sabah, Melaka dan Sarawak menjadi sandaran," tambahnya.
Terdahulu, spekulasi berhubung PRN Johor bertiup kencang selepas dakwaan pergolakan politik di negeri itu.
Fareez Azman
Mon Jan 17 2022

Menurut Hishammuddin, sekiranya perlu dilakukan PRN Johor, sudah menjadi kemestian agar SOP seperti di PRN Melaka, Sabah dan Sarawak dikenakan. - Gambar fail

Isu loji sembelihan: Minta individu tampil hubungi JAKIM - Idris Ahmad
Susulan loji sembelihan berpusat di Australia digantung, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad minta individu tampil hubungi JAKIM untuk ceritakan dengan lebih teliti dan telus supaya tindakan boleh diambil.

Korea Utara catat 6 lagi kematian disyaki akibat COVID-19
Enam kematian itu dilaporkan setakat 6 petang Isnin, menjadikan jumlah korban meningkat kepada 56.

Buruh warga Indonesia maut ditetak
Mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan kesan tetakan di beberapa bahagian badan selain putus sebelah telinga.

Awal Ashari mengaku tidak bersalah lakukan khianat terhadap syarikat perumahan
Awal Ashari mengaku tidak bersalah selepas berdepan tuduhan khianat merosakkan palang pagar sebuah syarikat perumahan di Damansara bulan lalu.

COVID-19 | 6 lagi maut, korban di Korea Utara kini 56 orang
Korea Utara melaporkan enam lagi kematian akibat demam, beberapa hari selepas negara itu mengumumkan kes pertama COVID-19. Media kerajaan KCNA melaporkan, serentak itu pasukan tentera telah diarah mengagihkan segera bekalan perubatan ke semua farmasi di seluruh bandar Pyongyang.

Pasang Pelita | Teruskan tradisi lama 'bersusul'
Tradisi memasang pelita atau ‘bersusul’ dalam bahasa suku kaum Kedayan, Brunei masih diamalkan di daerah Papar, Sabah. Tradisi yang diamalkan ini bukan sahaja memeriahkan sambutan bulan Syawal malah menterjemahkan semangat kerjasama serta perpaduan antara ahli keluarga dan penduduk kampung.

Tepung Gandum | Bekalan tidak terkesan, 80% import dari Australia
Malaysia dijangka tidak berdepan dengan kekurangan bekalan gandum, di sebalik larangan India mengeksport gandum susulan gelombang haba akibat cuaca panas terik. Jelas Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), ia kerana Malaysia mengimport 80 peratus biji gandum dari Australia dan selebihnya dari Amerika Syarikat, Kanada serta Ukraine.

MBSA dapatkan maklumat kakitangan bertengkar dengan pelanggan
Menerusi rakaman video itu, kakitangan dan individu terbabit masing-masing tidak berpuas hati antara satu sama lain

Bersatu tidak halang Pas kerjasama dengan UMNO - Muhyiddin
Setakat ini Bersatu masih lagi sebahagian daripada PN dan pendekatan itu diambil sebagai usaha penyatuan ummah.

FDI ke Malaysia 'mencanak naik', terbaik dalam kalangan ASEAN - Pengarah IKMAS UKM
FDI yang masuk ke Malaysia pada 2021 adalah yang tertinggi di seluruh negara ASEAN dan kita telah menerimaa lebih daripada AS$23.4 bilion.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 16 Mei 2022.

Kementerian Kesihatan bekalkan Paxlovid untuk persediaan jemaah haji
Kementerian Kesihatan (KKM) membekalkan sekurang-kurangnya 3,000 ubat antiviral Paxlovid sebagai persediaan merawat jemaah haji yang dijangkiti COVID-19 semasa berada di tanah suci.

Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan ditubuhkan
Khairy Jamaluddin mengumumkan penubuhan Pasukan Petugas Khas bagi Penambahbaikan Budaya Kerja Perkhidmatan Kesihatan (HWCITF) pada Jumaat.

Pasukan Khas Bebas KKM diberi masa dua bulan siasat kes buli, ahli diumum petang ini
Persekitaran pekerjaan mesti ada rasa hormat, sokongan dan pemerkasaan, bukan dengan mengeluarkan kata-kata kesat dan memalukan, kata Khairy.

28 peratus kanak-kanak di Malaysia lengkap vaksinasi COVID-19
Sebanyak 1,596,416 kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Hati-hati guna tandas awam, HFMD boleh dijangkiti menerusi najis - Dr Malina
Selain bendalir seperti air liur dan hingus, penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) boleh dijangkiti menerusi najis.

Dua laporan kes buli doktor pelatih di Negeri Sembilan - Exco
Jabatan Kesihatan Negeri Sembilan telah diminta melakukan siasatan lanjut.

KKM siasat dakwaan wujud kempen saringan darah palsu perdaya warga emas - Khairy
Kementerian Kesihatan (KKM) akan menjalankan siasatan segera berhubung dakwaan wujud kempen saringan darah palsu bermotifkan penjualan produk kesihatan tambahan yang menyasarkan golongan warga emas.

Kematian doktor pelatih HPP: MMA sokong wujudkan pasukan khas dengan beberapa kriteria
MMA menyambut baik langkah kerajaan untuk mewujudkan satu pasukan petugas khas bagi menyiasat kes kematian seorang doktor pelatih.

COVID-19: 1,251 kes jangkitan baharu direkodkan
Tujuh kes kematian turut dicatatkan semalam membabitkan dua daripadanya adalah kematian di luar fasiliti kesihatan (BID).