awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
Pesakit Palestin tiba di Mesir selepas laluan Rafah dibuka semula secara terhad
Bekas presiden Chile Bachelet bertanding jawatan Setiausaha Agung PBB
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: PLUS nafi beri diskaun tol 50 peratus

Astro Awani
Astro Awani
11/03/2022
10:10 MYT
PRN Johor: PLUS nafi beri diskaun tol 50 peratus
PLUS menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menafikan mengeluarkan kenyataan berkaitan pemberian diskaun tol kepada orang ramai sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor esok.
Jurucakap PLUS dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata, PLUS memandang serius tindakan pihak tidak bertanggungjawab yang mengelirukan pengguna itu.
"PLUS menafikan telah mengeluarkan kenyataan media tentang pemberian diskaun tol 50 peratus untuk orang ramai yang pulang untuk mengundi seperti yang tular pada ketika ini.
SEMUA MENGENAI PRN JOHOR DI SINI
"PLUS amat memandang serius perbuatan menggunakan logo syarikat untuk mengelirukan orang ramai dan bekerjasama dengan pihak berwajib untuk mengambil tindakan terhadap individu serta pihak yang terbabit," katanya.
Syarikat pengendali lebuh raya itu juga memaklumkan selain daripada agensi media yang sah, semua kenyataan media PLUS disiarkan menerusi saluran komunikasi rasmi syarikat termasuk media sosial.
Topic Berkaitan
#PLUS
#PRN Johor
#diskaun tol
#penafian PLUS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan