awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Agong berkenan terima menghadap Menteri Agama
Suspek tikam ibu hingga mati direman tujuh hari
Shila Amzah rai 25 tahun perjalanan seni di pentas prestij DFP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: PM adakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan BN Muar

Bernama
Bernama
11/02/2022
08:16 MYT
PRN Johor: PM adakan perjumpaan tertutup dengan pimpinan BN Muar
Ismail Sabri hadir pada perjumpaan tertutup bersama jentera Barisan Nasional (BN) Muar di Dewan Tun Sulaiman, Bangunan UMNO Johor,hari ini. - Foto BERNAMA
MUAR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menghadiri perjumpaan tertutup bersama jentera Barisan Nasional (BN) Muar di Dewan Tun Sulaiman, Bangunan UMNO Johor, pagi ini.
Ismail Sabri, yang juga Naib Presiden UMNO tiba di bangunan itu pada 10.45 pagi dan meluangkan masa kira-kira tiga jam di sana.
Pertemuan yang turut dihadiri Pengerusi BN Johor Datuk Hasni Mohammad itu, difahamkan berkaitan gerak kerja Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor yang akan diadakan pada 12 Mac ini.
Ismail Sabri juga difahamkan turut mengadakan mesyuarat dengan Ketua-Ketua Bahagian UMNO Johor Utara.
Turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Muar Datuk Seri Razali Ibrahim dan Setiausaha UMNO Johor Datuk Samsolbari Jamali, yang juga Ketua UMNO Bahagian Ayer Hitam.
Hadir sama Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Sulaiman Md Ali serta Ketua UMNO Bahagian Arau Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Perdana Menteri kemudiannya ke Masjid Jamek Sultan Ibrahim, Taman Sri Tanjung bagi menunaikan solat Jumaat dan beliau dijadualkan menghadiri majlis ramah mesra bersama masyarakat Ledang di Tangkak, petang ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#Perdana Menteri
#PRN Johor
#BN Muar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan