JOHOR BAHRU: Pakatan Harapan (PH) setakat ini masih belum membuat perbincangan rasmi mengenai siapa calon Menteri Besar Johor, kata Pengerusinya, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Presiden Parti Keadilan Rakyat itu berkata, sekiranya calon itu dirasakan benar-benar layak, tidak ada masalah untuk individu itu diketengahkan.
Mengulas mengenai ura-ura Ahli Parlimen Simpang Renggam, Maszlee Malik sebagai calon yang sesuai, Anwar sedia untuk memberi pertimbangan.
“Setakat ini PH belum ada perbincangan rasmi, tapi kita tak tolak kemungkinan mana-mana calon yang boleh diketengahkan. Tapi saya sedia memberi pertimbangan,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya Angkatan Muda Keadilan PRN Johor di sini, hari ini.
Pada 26 Januari lepas, Astro AWANI memetik sumber sebagai berkata, Maszlee, yang juga bekas Menteri Pendidikan akan bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Layang-layang.
Sumber itu berkata, pertimbangan meletak Maszlee di kerusi itu, adalah sebagai langkah persiapan untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar, seandainya PH berjaya mendapat majoriti daripada keseluruhan 56 kerusi yang dipertandingkan.
Maszlee pada 29 Januari pula dilaporkan berkata, sedia bertanding, sekiranya nama beliau tercalon untuk mana-mana kerusi DUN Johor.
Beliau juga sudah menggerakkan jentera di dua DUN di kawasannya pada Jumaat dan tindakan itu sebagai persiapan menghadapi pilihan raya.
Dalam pada pada itu, Anwar berkata, beliau sedia memberi peluang kepada calon pilihan AMK, namun harus mendapat pandangan Majlis Pimpinan Negeri Johor di bawah pimpinan Ahli Parlimen Ledang, Syed Ibrahim Syed Noh dahulu.
“Memang ada calon muda yang akan kita ketengahkan, tetapi kita belum muktamadkan. Kalau ikut (Ketua AMK) Akmal Nasir, dia minta enam kerusi,” katanya lagi.
Mengulas mengenai rundingan dengan parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman, Anwar berkata, perkara itu juga masih dalam perbincangan di peringkat negeri.
Anwar berkata, PH dan PKR sedia memberi ruang, namun soal pengagihan kerusi itu harus dimuktamadkan terlebih dahulu.
Firdaus Azil
Sat Feb 05 2022

Menurut Anwar, beliau sedia mempertimbangkan nama Maszlee Malik sebagai calon Menteri Besar Johor sekiranya layak. - Gambar Astro AWANI

UMNO Kalabakan sudah hantar senarai calon PRU-15
Ketua UMNO Kalabakan, Andi Muhammad Suryady Bandy berkata pihaknya sudah menyenaraikan dan menghantar beberapa nama untuk calon kerusi Parlimen Kalabakan.

Krisis Perubatan | Turkiye bakal berdepan kekurangan doktor perubatan
Turki bakal berdepan kekurangan doktor perubatan selepas ramai dalam kalangan mereka mencari peluang bekerja di luar negara. Persatuan Perubatan Turki berkata, mereka bertindak demikian dalam usaha mencari persekitaran kerja dan kualiti hidup yang lebih baik.

Banjir | Australia akan merangka pelan jangka panjang
Australia sedang merangka pelan penyelesaian jangka panjang dalam usaha mendepani bencana banjir. Perdana Menteri, Anthony Albanese berkata, ia susulan banjir yang melanda Sydney ketika ini.

Isu | Permintaan minyak masak paket naik mendadak
Permintaan minyak masak paket subsidi di kawasan luar bandar di Kelantan meningkat dua kali ganda selepas pihak kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak botol. Menurut salah seorang pengilang yang dilantik oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), tambahan kuota minyak paket subsidi diperlukan bagi memenuhi permintaan pengguna.

Bekalan Makanan | Permintaan ayam naik dua kali ganda
Permintaan ayam segar di negara ini naik dua kali ganda selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ditamatkan. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ia selepas orang ramai dibenar menganjurkan majlis sosial seperti perkahwinan dan rumah terbuka perayaan.

Bekalan Makanan | Penjual ayam perlu lebih masa jika operasi bertukar
Kerajaan perlu memaklumkan lebih awal jika putuskan untuk menarik semula larangan eksport ayam ke Singapura kerana banyak perkara perlu dilaksana penternak seperti mengaktifkan semula ternakan yang khusus untuk diimport. Penasihat Persekutuan Persatuan Penternak Malaysia (FLFAM), Datuk Jeffrey Ng berkata ternakan yang dijual untuk pasaran tempatan tidak sama berbanding tujuan import.

Banjir | Memahami punca tragedi di Baling
Bencana banjir puing atau 'debris flood' seperti di Baling, lazimnya berpunca daripada kejadian tanah runtuh di puncak pergunungan, kata Felo Utama Institut Alam Sekitar dan Pembangunan (LESTARI) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Emeritus Datuk Dr Ibrahim Komoo.

Pascabanjir Baling | Kerajaan Selangor hantar misi bantuan
Kerajaan Negeri Selangor hari ini menghantar misi bantuan pascabanjir ke Baling, Kedah bagi membantu usaha pemulihan keperluan asas agar mangsa yang terjejas dapat segera pulang ke rumah masing-masing. Menteri Besar Datuk Seri Amirudin Shari berkata seramai 189 anggota dari 12 pihak berkuasa tempatan dan 20 anggota sukarelawan Selangor Volunteer (Serve) terlibat dalam misi tersebut yang dijalankan selama tiga hari sehingga Jumaat ini.

AWANI Ringkas: Jumlah mangsa banjir akibat kepala air di Baling menurun ke 495
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Banjir Baling: "Musnah harta benda boleh diterima, hilang nyawa sangat pilu" - Mangsa
Penduduk Kampung Iboi kecewa kerakusan manusia menjarah alam menyebabkan mereka menjadi mangsa.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

Penjawat awam ditahan terima rasuah RM100,000 babit projek di pusat mengundi PRN Johor
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan seorang penjawat awam lelaki di Putrajaya pada Jumaat lepas kerana disyaki meminta dan menerima rasuah kira-kira RM100,000.

Kemenangan BN pada PRN Johor bukan jaminan kejayaan pada PRU15 - Hasni
Menurut Pengerusi BN Johor, Datuk Seri Hasni Mohammad, sebaliknya ia bergantung kepada beberapa faktor dan isu berbeza, di mana faktor dan isu itu yang menjadi cabaran antara PRN dan PRU.

Tee Siew Kiong sahkan dipanggil hadir perbicaraan Jawatankuasa Tatatertib MCA
Ia susulan tindakannya mengadakan sidang media selepas tidak dinamakan sebagai calon Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.

PRN Johor: Pejuang kalah sebab tidak ada duit - Tun Mahathir
Tindakan membeli undi didakwa telah dilakukan beberapa parti termasuk UMNO yang dikatakan membayar sebanyak RM200 kepada pengundi.

Konsep Bangsa Johor jadi teras kerajaan negeri baharu - Menteri Besar
Aspek kebajikan, ekonomi, pendidikan dan kesihatan rakyat akan menjadi keutamaan dan fokus kerajaan negeri baharu.

Impak pengundi 18 hingga 21 tahun akan dilihat pada PRU15 - Bersih
Rata-rata pengundi muda yang berusia antara 18 hingga 21 tahun tidak mempunyai kecenderungan terhadap politik ketika ini.

Peratusan keluar mengundi pemilih muda tidak seperti yang diharap
Kadar peratusan keluar mengundi terutama bagi pemilih muda tidak seperti yang diharapkan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor baru-baru ini.

PAU2021: "KWSP, terlalu ramai mahu jadi hero" - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memakumkan keputusan untuk meluluskan pengeluaran Kumpulan Wang Simpanan Khas (KWSP) sudah pun dicapai lebih awal.

PRN Johor: "Parti yang menang terlibat jenayah, Pejuang kalah sebab fokus isu rasuah" - Tun M
Pejuang tidak mempunyai ruang mencukupi untuk membuat persiapan berdepan dengan PRN Johor, kata Dr Mahathir.