awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
Selangor FC kesal insiden bakar suar, kutuk salah laku penyokong
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Sentimen lompat parti tak jejaskan PN di Endau - Ronald Kiandee

Hilmi Malik
Hilmi Malik
01/03/2022
05:34 MYT
PRN Johor: Sentimen lompat parti tak jejaskan PN di Endau - Ronald Kiandee
RONALD KIANDEE: Kita tak boleh nak halang mereka (BN) tapi yakin pengundi Endau dah matang dan mampu bezakan calon yang terbaik untuk kawasan itu. - Astro AWANI / Hilmi Malik
MERSING: Perikatan Nasional (PN) tidak tergugat dengan sentimen lompat parti yang digunakan pihak Barisan Nasional (BN) untuk menjejaskan calonnya yang bertanding di Dewan Undangan Negeri (DUN) Endau.
Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, PN tidak menghalang apa jua senjata yang digunakan pihak lawan untuk menjatuhkan parti itu.
“Kita tak boleh nak halang mereka (BN) tapi yakin pengundi Endau dah matang dan mampu bezakan calon yang terbaik untuk kawasan itu.
“Calon juga merupakan mantan wakil rakyat telah buktikan peranannya sebelum ini dan juga tanggungjawab sepanjang tempoh beliau berkhidmat.
“Kita memang tak mampu hentikan untuk pihak lawan gunakan apa jua sudut serangan untuk lemahkan calon PN tapi saya yakin pengundi bijak menilai,” katanya ketika hadir Program Jelajah Dialog Agromakanan Pertanian dan Perikanan 2022 di Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM) Endau pada Selasa.
Mengulas lanjut, beliau yang juga merupakan Menteri Pertanian Dan Industri Makanan itu berkata, PN telah meletakkan calon dari pelbagai latar belakang dan pengalaman untuk bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kali ini.
Ujarnya, barisan pucuk kepimpinan juga telah berusaha keras untuk menempatkan calon yang bersesuaian di setiap kerusi yang dipertandingkan.
“Kita lihat semua kerusi yang kita tanding merupakan misi untuk rebut kemenangan jadi pastinya kita menaruh harapan agar mereka jadi pilihan pengundi.
Calon DUN Endau, Alwiyah Talib dilihat menerima serangan bertubi-tubi berhubung isu lompat parti apabila sebelum ini memenangi kerusi tersebut atas tiket BN.
Beliau kemudian memutuskan untuk menyertai Bersatu selepas beberapa hari meraih kemenangan pada Pilihan Raya Umum (PRU14) yang lalu.
Alwiyah bakal berdepan Youzaimi Mohd Yusof (BN), Mohamad Fakrulradzi Mahmud (PH), Mohd Norhisyam Ibrahim (Pejuang), dan calon Bebas, Ismail Don.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#Ronald Kiandee
#Perikatan Nasional
#dun endau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan