awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KPDN cadang wujudkan ODR bersepadu dalam reformasi e-dagang - Armizan
Keputusan STAM 2025 catat pencapaian memberangsangkan, GPK 2.81 - KPM
Mayat reput ditemukan dalam kebun kelapa sawit
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Johor: Tun Mahathir akui ada parti 'sebulu' untuk kerjasama bentuk kerajaan

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
03/03/2022
07:29 MYT
PRN Johor: Tun Mahathir akui ada parti 'sebulu' untuk kerjasama bentuk kerajaan
Tun Mahathir berkata, persetujuan itu perlu berlandaskan kepada prinsip sama iaitu parti tersebut menolak peperangan dan rasuah. - Bernama
SIMPANG RENGGAM: Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) mengakui 'sebulu' dengan beberapa parti dan bersedia bekerjasama dengan mereka untuk mencukupkan kerusi bagi membentuk Kerajaan Negeri Johor.
Pengerusinya, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, bagaimanapun persetujuan itu perlu berlandaskan kepada prinsip sama iaitu parti tersebut menolak peperangan dan rasuah.
"Ya ada parti lain yang sebulu dengan kita, yang berpegang kepada prinsip haramkan peperangan, dan haramkan rasuah.
"Kalau mereka pegang pada prinsip yang sama, kita rela bekerjasama dengan mereka untuk mencukupkan bilangan supaya kita dapat mebentuk kerajaan," katanya dalam sidang media selepas menghadiri Program Aspirasi Johor di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Felda Air Hitam di Dewan Undangan Negeri (DUN) Machap, di sini pada Khamis.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas sama ada Pejuang bersedia bekerjasama dengan parti lain jika tidak mendapat bilangan kerusi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan selepas Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor pada 12 Mac ini.
Ditanya parti mana, Ahli Parlimen Langkawi itu bagaimanapun enggan mendedahkan nama parti tersebut.
"Ada dua tiga parti.... dan kita belum tentukan macam mana," ujarnya lagi.
Sementara itu, bekas Perdana Menteri itu yakin bahawa gelombang pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) masih lagi ada, dan ia boleh dizahirkan pada PRN Johor.
Dr Mahathir menambah, kerajaan yang diberikan mandat oleh rakyat tumbang kerana perbuatan lompat yang tidak demokratik.
"Saya yakin rakyat ingin kerajaan (hasil daripada) pilihan rakyat, bukan lompat melompat.
"Saya fikir ramai lagi yang ada, yang berasa kecewa kerana janji lompat melompat kerajaan pilihan mereka ini dijatuhkan. Ini peluang untuk mereka kembali menjadi kerajaan di Johor melalui peroses demokrasi," kata Dr Mahathir.
Topic Berkaitan
#PRN Johor
#bentuk kerajaan
#gabungan parti
#Mahathir Mohamad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan