PRN: Kalau bukan orang Sarawak, memang tak layak jadi calon - Abang Jo

Astro Awani
Februari 20, 2020 05:09 MYT
DUN Sarawak dijangka dibubarkan tidak lama lagi bagi membolehkan Pilihan Raya Negeri diadakan. - Foto Astro AWANI
Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Openg menegaskan, hanya warga Sarawak sahaja yang layak bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak.
Jelasnya, perkara itu jelas termaktub dalam Perkara 16 Perlembagaan Sarawak dan tidak ada keperluan untuk sebarang pindaan.
“Calon mestilah orang Sarawak. Perkara itu jelas dalam Perlembagaan Negeri Sarawak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Majlis Pelancaran Portal dan Aplikasi Pelancongan Sarawak di sini pada Rabu.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Penerangan Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Idris Buang yang mengesyorkan Perkara 16 Perlembagaan Sarawak dipinda.
Pindaan ini, menurut Idris, bertujuan supaya bukan warga Sarawak tidak dibenar bertanding pada pilihan raya negeri.
Jelasnya, cadangan tersebut bukan bermaksud takut mana-mana orang luar Sarawak akan bertanding merebut kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), namun ia dirasakan wajar supaya selaras trend semasa politik Sarawak.
#Abang Johari #Abang Johari Openg #AWANI Sarawak #Bumiputera #Idris Buang #kerusi DUN #Ketua Menteri #layak bertanding #orang Sarawak #PBB #Perkara 16 #Perlembagaan Sarawak #pilihan raya #pilihan raya negeri #pindaan #Sarawak #warga Sarawak