awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EFL: Arsenal tempah tiket ke final, misi raih piala pertama musim ini
Usaha mantapkan semula perseorangan lelaki perlu mula sekarang - Kay Bin
PM Lubnan ikrar kekalkan negara daripada terlibat perang baharu
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: 'Kami pernah berdepan Azmin dan menang pusingan pertama' - Amirudin

Fareez Azman
Fareez Azman
29/07/2023
05:20 MYT
PRN: 'Kami pernah berdepan Azmin dan menang pusingan pertama' - Amirudin
Amirudin berkata, menerusi kerjasama dengan BN di bawah Kerajaan Perpaduan, beliau yakin momentum kemenangan itu boleh dikecapi dalam PRN Selangor kali ini. - Gambar/ Bernama
GOMBAK: Menteri Besar Selangor yang juga calon kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Sungai Tua, Datuk Seri Amirudin Shari yakin Pakatan Harapan (PH)-Barisan Nasional (BN) akan diberikan mandat di tiga DUN bawah Parlimen Gombak.
Jelasnya, meskipun kerusi DUN N.18 Hulu Kelang menyaksikan seteru politiknya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertanding kali ini, namun ujarnya kemenangan boleh dicapai PH.
"Ia sudah diuji enam hingga tujuh bulan lalu ketika Pilihan Raya Umum... saya juga berdepan dengan dia (Azmin), pasukan saya juga.
"Alhamdulilah kami menang pusingan pertama, kami harap kami menang lagi kali ini. Ini adalah realiti dalam politik, kita perlu terima," jelasnya.
Tambah Amirudin, menerusi kerjasama dengan BN di bawah Kerajaan Perpaduan, beliau yakin momentum kemenangan itu boleh dikecapi dalam PRN Selangor kali ini.
"Kadangkala kita seteru, kadangkala kita menjadi satu pasukan seperti mana kerjasama dengan BN di bawah Kerajaan Perpaduan," katanya lagi.
Amirudin berdepan pertembungan tiga penjuru bagi kerusi DUN N.16 Sungai Tua iaitu membabitkan calon Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hanif Jamaluddin dan calon Bebas, G. Suman.
DUN N.17 Gombak Setia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Selangor, Datuk Megat Zulkarnain Omardin, penyandang kerusi dari Perikatan Nasional (PN), Muhammad Hilman Idham dan calon Bebas, Mohamed Salim Mohamed Ali.
Tumpuan turut terarah bagi kerusi DUN N.18 Hulu Kelang membabitkan Pengarah Pilihan Raya PN Selangor, Mohamed Azmin berdepan satu lawan satu dengan calon PH, Juwairiya Zulkifli yang juga Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Selangor.
Topic Berkaitan
#PRN
#PRN Selangor
#Parlimen Gombak
#Amirudin Shari
#Azmin Ali
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan