awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Terbuka Malaysia 2026: Aaron-Wooi Yik, Wan Arif-Roy King mara ke pusingan kedua
AS rampas dua kapal tangki 'armada bayangan' dikaitkan dengan minyak Venezuela
Terbuka Malaysia 2026: Meskipun sakit, Soon Huat-Shevon bangkit cipta kemenangan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Kedah: BN, PH tidak boleh jadi 'abang besar' dalam pembahagian kerusi - Mahfuz

Abd Hadi Che Awang
Abd Hadi Che Awang
27/01/2023
03:50 MYT
PRN Kedah: BN, PH tidak boleh jadi 'abang besar' dalam pembahagian kerusi - Mahfuz
Datuk Mahfuz Omar menegaskan, parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan termasuk PH dan BN tidak boleh mempunyai sikap 'abang besar' dalam membuat keputusan terutama mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri.
ALOR SETAR: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Kedah, Datuk Mahfuz Omar menegaskan, parti-parti di dalam Kerajaan Perpaduan termasuk PH dan Barisan Nasional (BN) tidak boleh mempunyai sikap 'abang besar' dalam membuat keputusan terutama mengenai pembahagian kerusi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Menurut beliau, sekiranya kerjasama terbentuk membabitkan kedua-dua parti itu, semua pihak harus menerima dengan hati terbuka meskipun terpaksa mengecilkan jumlah kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang ditandingi berbanding pilihan raya umum (PRU) sebelum-sebelum ini.
Tambah beliau, proses rundingan rasmi membabitkan PH dan BN bagi peringkat negeri Kedah dalam menghadapi PRN masih belum diadakan, namun, pimpinan tertinggi kedua-dua parti berkenaan telah memulakan beberapa pertemuan awal sebelum ini.
"Saya percaya bahawa semua (pihak yang berada di dalam Kerajaan Perpaduan) harus terbuka di mana kita terpaksa mengecilkan jumlah kerusi masing-masing sama ada daripada BN atau pihak PH (dalam menghadapi PRN) kelak.
"Semua parti yang ada di dalam gabungan PH dan BN harus menerima (hakikat) bahawa kita tidak boleh bertanding sebagai ‘abang besar, (meletakkan parti masing-masing) untuk hendak kuasai sepenuhnya (pembahagian kerusi terutama di Kedah)," kata beliau.
Mahfuz berkata demikian ketika ditemui media di Ibu Pejabat PH Kedah, Stargate Alor Setar, di sini, pada Jumaat.
Beliau, dalam masa sama, tidak menolak kemungkinan berlaku perbezaan pandangan dalam proses pembahagian kerusi di Kedah membabitkan BN dan PH. Bagaimanapun, kata Mahfuz, itu merupakan lumrah dalam arena politik.
"Itu (perkara) biasa (dalam proses) berunding, (ia ibarat) runding hendak pergi meminang (untuk perkahwinan) seperti itu juga, (proses) meminang berunding, (proses) letak harga (kena) berunding, tawar menawar (juga ada dalam proses itu)
"(Ia akan berlaku) macam itu, (macam) orang nak menikah, tetapi akhirnya bila sudah capai kata sepakat, (melibatkan) belanja (keseluruhan), tarikh akad nikah, selesai (semua) masalah (yang berbangkit)," jelas beliau lagi.
Tambah Mahfuz, kedua-dua parti berkenaan juga kini sedang giat melaksanakan proses penerangan secara berterusan kepada akar umbi mengenai kerjasama yang dijalinkan bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.
Pada Isnin, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PH belum mengadakan perbincangan rasmi dengan BN berhubung pembahagian kerusi yang akan ditandingi kedua-dua gabungan itu pada PRN di enam negeri akan datang.
Namun begitu, Anwar yang juga Pengerusi PH berkata, tiada halangan untuk pimpinan parti itu di peringkat negeri bagi mengadakan perbincangan dengan BN berhubung perkara tersebut.
Topic Berkaitan
#PRN Kedah
#Mahfuz Omar
#DUN
#abang besar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan