BUTTERWORTH: Keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri yang akan diadakan tidak lama lagi menjadi penentu sama ada Kerajaan Perpaduan gabungan kerjasama Barisan Nasional ( BN) dan Pakatan Harapan ( PH) terus kekal di peringkat Persekutuan selepas ini.
Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook berkata, kemenangan besar Kerajaan Perpaduan khususnya pada PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah akan menjadi faktor penting kepada PH dan BN untuk terus kekal menerajui Putrajaya.
Beliau berkata jika Pulau Pinang berjaya mengekalkan kemenangan, ia adalah sama seperti mengekalkan pentadbiran Kerajaan Pusat pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
"Sama ada kerajaan pimpinan Anwar boleh meneruskan pentadbiran kita... sama ada survival Kerajaan Perpaduan dapat dikekalkan... salah satu faktor bergantung kepada keputusan dalam PRN akan datang.
"Sekiranya Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah kita mencapai kejayaan dan keputusan baik, maka kita yakin ini merupakan satu faktor penting untuk kita terus kekal menerajui Putrajaya.
"Justeru itu Pulau Pinang memainkan peranan penting, untuk kita menang dan bekerja kuat kekal Pulau Pinang... sebab kekalkan Pulau Pinang (menentukan) sama ada Kerajaan Perpaduan pimpinan Anwar di Putrajaya (kekal atau tidak)," katanya.
Beliau berkata demikian semasa berucap merasmikan Konvensyen Tahunan Negeri DAP Pulau Pinang 2023 di Pusat Konvensyen, Kebudayaan dan Kesenian Antarabangsa Pulau Pinang (PICCA) di Butterworth.
Beliau yang juga Menteri Pengangkutan berkata kestabilan Kerajaan Perpaduan di peringkat Pusat juga bakal memberi kelebihan dan kestabilan kepada Kerajaan Negeri Pulau Pinang khususnya.
Jelasnya, sekiranya DAP tidak membentuk Kerajaan Perpaduan ketika ini, Pulau Pinang akan terus dipinggirkan dari segi peruntukan seperti yang dilakukan oleh kerajaan-kerajaan terdahulu termasuk selepas tumbangnya Kerajaan PH pada Februari 2020.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Mar 19 2023

Anthony Loke berkata, kemenangan besar Kerajaan Perpaduan khususnya pada PRN di Pulau Pinang, Selangor, Negeri Sembilan dan Kedah akan menjadi faktor penting kepada PH dan BN untuk terus kekal menerajui Putrajaya. - Gambar fail

11 terbunuh rempuhan di pusat agihan makanan
Suasana pilu menyelebungi pengebumian seorang remaja lelaki 14 tahun yang terbunuh dalam rempuhan di pusat agihan makanan dan wang tunai.

"Belajar banyak perkara baharu lepas kahwin" - Neelofa
Doa orang ramai juga banyak mengiringi perjalanan Neelofa dan suami dalam mengendali bahtera perkahwinan.

Tiga pesakit pulih penglihatan ihsan Allahyarham Finno Joitol
Proses transplan kornea yang didermakan itu juga katanya berjaya memulihkan penglihatan tiga pesakit.

Senarai exco baharu Melaka 'cantik dan menarik' - Ab Rauf
Barisan exco baharu itu akan menonjolkan perpaduan dalam kalangan BN dan PH, sama seperti di peringkat kerajaan Persekutuan.

10 rumah musnah dalam kebakaran di Labuan
Sebanyak 10 rumah terbakar 100 peratus dan terdapat dua rumah turut terjejas.

Sultan Nazrin berkenan berbuka puasa bersama media, terima zakat perniagaan RM1.64 juta
Baginda turut berkenan menerima zakat perniagaan untuk diserahkan kepada MAIPk daripada lima syarikat korporat berjumlah RM1.64 juta.

Pelaburan China pacu Malaysia ke tahap lebih tinggi - Penganalisis
Pelaburan baharu ini akan mendorong penciptaan pekerjaan yang meluas membabitkan graduan yang sedang bergelut untuk mencari pekerjaan dengan gaji yang setimpal.

Impian Hannah Yeoh jadi penyampai berita tercapai
Yeoh yang membuat penampilan sebanyak dua kali dalam segmen Stadium RTM akan kembali bersiaran hari ini. (2 April).

Tiada halangan mana-mana pihak termasuk ahli politik sertai program di sekolah - Fadhlina
Bagaimanapun, mereka perlu melakukan permohonan dan mematuhi tatacara Surat Pekeliling Ikhtisas (SPI) Bilangan 4 Tahun 2023.

Inisiatif tambahan Belanjawan 2023 ibarat 'talian hayat' - Pesawah
Peruntukan tambahan itu bukti keprihatinan Perdana Menteri dalam membantu golongan pesawah demi kelangsungan hidup terutama ketika bulan Ramadan.

Kos PRN di enam negeri dianggarkan RM420 juta - Ahmad Maslan
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, jumlah itu mengambil kira situasi semasa jika PRN dibuat tahun ini.

PRN: PN hanya bermimpi di siang hari - Zahid
Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, sesiapa sahaja boleh bermimpi namun hakikatnya ia bukanlah sesuatu yang mudah.

Kemenangan PH, rakan Kerajaan Perpaduan di Selangor indikator kestabilan - Anthony Loke
Kemenangan PH dan rakan kerjasamanya dalam Kerajaan Perpaduan di Selangor pada Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti penting kerana ia indikator utama dalam memastikan kestabilan politik negara.

PRN: Rundingan pembahagian kerusi kali ini lebih kompleks - Ka Siong
Kerajaan Perpaduan dijangka memuktamadkan pembahagian kerusi untuk enam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada pertengahan bulan hadapan.

PRN: DAP nafi gugurkan P Ramasamy
DAP menafikan laporan sebuah portal berita mendakwa parti itu menggugurkan Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang II, P Ramasamy daripada bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

PN sudah selesaikan pembahagian kerusi untuk hadapi PRN
Muhammad Sanusi berkata bagaimanapun keputusan yang dicapai di peringkat enam negeri itu akan dibawa kepada PN pusat untuk dimuktamadkan.

PRN: PH Pulau Pinang mesyuarat 2 April
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang dijangka mengadakan mesyuarat dalaman pada 2 April ini, sebagai persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) tahun ini.

Warisan tidak akan bersendirian hadapi PRN Sabah - Mohd Shafie
Warisan sedang membuat penilaian teliti bagi memastikan rakan parti yang bakal dipilih mampu membawa perjuangan.

Kepimpinan baharu UMNO berdepan cabaran pulihkan imej parti - Penganalisis
Menurut Pengarah Eksekutif Ilham Centre, Hisomuddin Bakar tanggungjawab kepimpinan baharu ini adalah memulihkan keyakinan pengundi Melayu terhadap UMNO.

PH Pulau Pinang diberi tempoh sebulan runding dengan BN negeri - Chow
Chow Kon Yeow berkata beliau menerima arahan daripada pimpinan tertinggi gabungan politik itu semalam untuk memulakan rundingan dengan BN.