KUALA LUMPUR: Khairy Jamaluddin tidak menolak kemungkinan bahawa Perikatan Nasional (PN) berpeluang menawan Selangor dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 12 Ogos depan, sekiranya peratusan keluar mengundi berpihak kepada gabungan tersebut.
Bekas Ketua Pemuda UMNO itu dalam ulasannya di laman pusat penyelidikan ISEAS Yusof Ishak Institute beliau menyenaraikan tiga senario keputusan yang bermungkinan berlaku pada PRN di Selangor, yang kini ditadbir oleh Pakatan Harapan (PH).
Memberikan senario pertama di mana PN berpeluang menawan negeri itu, bekas Menteri Kesihatan itu berpandangan, ia berlaku apabila bahagian undi PH-Barisan Nasional (BN) dalam kalangan orang Melayu menurun kepada 32 peratus, walaupun dengan peratusan keluar mengundi yang tinggi sebanyak 81 peratus.
Dalam kes tersebut, Khairy menjangkakan PH-BN akan memenangi 27 kerusi dan PN akan memenangi 29 kerusi DUN di Selangor.
Begitu pun kata beliau, gabungan PH-BN mampu mengekalkan Selangor pada senario kedua apabila peratusan keluar mengundi tinggi, iaitu 81 peratus, ia berlaku sekiranya PH mengekalkan perkongsian undi mereka sebanyak 95 peratus dalam kalangan bukan Melayu.
"Manakala majoriti penyokong Melayu menukar sokongan mereka kepada calon BN, dan penyokong BN pula melakukan perkongsian undi yang serupa dengan memindahkan majoriti undi mereka kepada calon PH.
"PH-BN akan mendapatkan 52 peratus undi daripada pengundi Melayu, yang merupakan anggaran realistik berdasarkan apa yang diperoleh PH semasa pilihan raya umum. Hasilnya akan menjadi PH-BN: 55 (kerusi) dan PN: 1 (kerusi)," katanya memetik kenyataan tersebut.
Selain itu, senario ketiga diberikan Khairy yang turut dilihat memihak kepada PH-BN ialah jika peratusan keluar mengundi bagi bukan Melayu pada 55 peratus, manakala Melayu 81 peratus.
Jika anggaran penyertaan pengundi Melayu adalah 81 peratus dengan PH-BN mendapatkan 37 peratus sokongan disebabkan oleh pemindahan undi yang signifikan daripada BN kepada PN, bukannya kepada PH.
Dalam senario ini, Khairy berkata, PH-BN masih akan mendominasi dengan 34 kerusi berbanding PN dengan 22 kerusi.
Pada masa sama, beliau dalam ulasan ISEAS Perspective itu turut merumuskan PRN pada 12 Ogos depan merupakan pungutan suara rakyat atau referendum rakyat terhadap pentadbiran Kerajaan Perpaduan yang telah memerintah selama lapan bulan.
Ujarnya, Selangor bakal berdepan ujian sebenar dalam melihat hasil daripada kerjasama PH dan BN dalam mendapatkan sokongan daripada para pengundi.
"Berdasarkan kepada pencapaian pentadbiran negeri semasa dan jangkaan awal pengundian, Selangor masih boleh dikekalkan oleh Pakatan Harapan.
"Pun begitu, senario politik semasa di Malaysia menunjukkan Perikatan Nasional mungkin mempunyai momentum untuk merampas negeri berkenaan," jelas beliau lagi.
Hasimi Muhamad
Thu Jul 27 2023
Khairy berkata, Selangor bakal berdepan ujian sebenar dalam melihat hasil daripada kerjasama PH dan BN dalam mendapatkan sokongan daripada para pengundi - Gambar fail/BERNAMA
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Perjalanan terakhir Konstabel Muhamad Syafiq'
Linangan air mata ahli keluarga menyelubungi upacara pengebumian Allahyarham Konstabel Muhamad Syafiq Ahmad Said pada Sabtu.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: Polis nafi rakyat Singapura ditahan
PDRM menafikan seorang warga Singapura antara tujuh ditahan berkaitan siasatan serangan di Balai Polis Ulu Tiram, Johor pada Jumaat.
Serangan Balai Polis Ulu Tiram: 'Tunggu aku balik' - Rakan kenang pesan arwah
Ami acap kali berpesan kepadanya dan rakan-rakan yang lain supaya menantikan kepulangannya ke kampung halaman.
Lelaki disyaki ugut bunuh ibu bapa Naim Daniel ditahan
Polis menahan seorang lelaki di Kemunting, Perak selepas disyaki membuat ugutan bunuh kepada ibu bapa penyanyi dan pelakon, Naim Daniel di media sosial pada Jumaat.
Fokus Minggu Depan: Menangani dan memahami pemikiran ekstrem
Prof Dato Dr Muhammad Nur Manuty, Pengerusi IKIM
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan
Istiadat Pertukaran Pengawal Istana Negara kembali diadakan semula di Istana Negara, di sini hari ini selepas terhenti seketika susulan penularan pandemik COVID-19 sejak 2019.
Microsoft minta pekerja mereka di China untuk berpindah negara
Antara pilihan yang diberikan termasuk AS, Ireland, Australia, dan New Zealand.
Sabah sasar 30 peratus penyertaan syarikat tempatan
Kerajaan Sabah menetapkan sasaran 30 peratus penyertaan syarikat tempatan berskala kecil dalam bidang industri melibatkan perkhidmatan minyak dan gas serta peralatan di negeri itu.
Keselamatan balai polis, sempadan seluruh negara dipertingkat
Kawalan keselamatan di balai polis seluruh negara terus dipertingkatkan dan sistem pertahanan sedia ada akan diperkemas susulan kejadian serangan di Balai Polis Ulu Tiram awal pagi semalam
Raja Muda Perlis jadi Pemangku Paja Perlis selama empat bulan
Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail akan menjadi Pemangku Raja Perlis selama empat bulan bermula pada 15 Mei lepas.
PRK KKB: Bukan kali pertama BN berkempen untuk calon wakili Kerajaan Perpaduan - Zambry
BN dan PH pernah bersama dalam beberapa siri PRK sebelum ini termasuk Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram di Johor dan terbaharu di DUN Kuala Kubu Baharu.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
Teruskan perjuangan bela parti selagi hayat dikandung badan - Tajuddin
Katanya, matlamat beliau hanya untuk membantu parti UMNO kembali bangkit menebus kekalahan pada Pilihan Raya Umum ke-15 lalu.
Tengku Zafrul diberi tugas khas - Zahid Hamidi
Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz diberi tugas khas untuk menyusun strategi aktiviti politik di luar kerangka UMNO dan Barisan Nasional (BN).
Kerajaan pandang serius pihak main sentimen rakyat - Asyraf Wajdi
Mesyuarat sepakat agar kerajaan bertindak tegas menurut lunas-lunas perundangan dan tidak berkompromi dengan sebarang tindakan melampau yang boleh menjejaskan kestabilan negara ini.
BN hormati kerusi DUN milik rakan dalam Kerajaan Perpaduan, sokong bakal calon
BN menghormati kerusi DUN Kuala Kubu Baharu yang dimiliki oleh rakan parti dalam Kerajaan Perpaduan dan akan menyokong calon yang dipilih oleh Anwar.
UMNO bertemu akar umbi bagi perkukuhkan parti
Ia bagi memberi penjelasan terhadap isu-isu yang menjadi persoalan buat mereka bagi memperkukuhkan lagi parti itu.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
BN sedia letak calon jika enam kerusi bersatu dikosongkan - Ahmad Zahid
Barisan Nasional (BN) sedia meletakkan calon bagi merebut kembali kerusi disandang Ahli Parlimen Bersatu sekiranya pengosongan enam kerusi berkenaan berlaku.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Rabu, 28 Februari 2024.