awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hukuman denda RM7,000 terhadap bekas pemandu e-panggilan ugut anak Pastor Koh kekal
Lebih separuh projek kriptowang sejak 2021 telah berkubur
Perubahan struktur pendidikan bukan beban - Alimuddin Dom
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: 28 calon PN tandatangan aku janji tentang rasuah

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
12/11/2021
14:26 MYT
PRN Melaka: 28 calon PN tandatangan aku janji tentang rasuah
Majlis menandatangani borang aku janji itu dilaksanakan di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN di Tanjung Minyak dan disaksikan oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
MELAKA TENGAH: Semua 28 calon Perikatan Nasional (PN) yang bakal bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, 20 November ini, selesai menandatangani aku janji menentang rasuah.
Majlis menandatangani borang aku janji itu dilaksanakan di Bilik Gerakan Utama (BGU) PN di Tanjung Minyak, di sini dan disaksikan oleh pengerusinya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Lafaz aku janji itu diketuai oleh Pengerusi PN negeri, Datuk Mohd Rafiq Naizamohideen sebelum proses menandatangani dibahagikan kepada empat sesi membabitkan tujuh calon setiap satu sesi.
Inti pati aku janji tersebut adalah bagi menuntut semua calon menolak sebarang amalan rasuah dan salah guna kuasa sekiranya terpilih sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada PRN nanti.
Antara lain, aku janji berkenaan menyatakan:
  1. Saya akan mematuhi sepenuhnya undang-undang seperti mana yang diperuntukkan dalam Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta SPRM 2009) dan undang-undang yang berkaitan dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab saya sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri.
  2. Saya akan menolak sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, serta memberikan kerjasama sepenuhnya kepada SPRM dalam mencegah sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa.
  3. Saya tidak akan melibatkan diri dalam sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa, sama ada secara langsung atau tidak langsung.
  4. Saya akan melaporkan kepada SPRM dengan segera sebarang bentuk jenayah rasuah, penyelewengan dan salah guna kuasa yang melibatkan saya atau kakitangan di bawah seliaan saya.
Terdahulu, Muhyiddin pada Program Pentas PRN Melaka PN yang diadakan di Shah Alam semalam, menegaskan aku janji itu selari dengan pendirian yang didukung gabungan itu untuk menentang salah guna kuasa dan rasuah serta akan memberi layanan yang adil kepada semua pihak.
PN bertanding di kesemua 28 kerusi DUN pada PRN Melaka dan daripada jumlah berkenaan, Bersatu bertanding di 15 kerusi, Pas (lapan) manakala Gerakan (lima).
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#Perikatan Nasional
#aku janji tentang rasuah
#Muhyiddin Yassin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan