MELAKA: Bekas Ketua Menteri Melaka yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari menfailkan semakan kehakiman di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Jumaat bagi mencabar pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka ke-14 pada 4 Oktober lalu.
Dalam semakan kehakiman itu, Adly menamakan Ketua Menteri sementara, Datuk Seri Sulaiman Md Ali; Speaker DUN Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh; Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR); dan Yang di-Pertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam sebagai responden pertama sehingga empat, lapor The Star.
Semakan kehakiman itu dibuat menerusi firma guaman Tetuan Gan Ho & Razlan Hadri.
Dalam afidavit sokongannya, Adly antara lain mendakwa Sulaiman telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal Oktober lalu.
Justeru menurut Perlembagaan Negeri Melaka, dakwa Adly, nasihat Sulaiman kepada Yang di-Pertua Negeri Melaka di bawah Perkara 19 (2) untuk membubarkan DUN adalah tidak sah kerana Sulaiman tidak lagi mendapat kepercayaan majoriti sebelum itu.
Adly turut meminta 13 pelepasan daripada mahkamah termasuk perintah mahkamah bahawa nasihat Ketua Menteri sementara itu adalah tidak sah dan tindakan mala fide.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Pertembungan tiga penjuru di PRN Melaka: Siapa yang untung?
Beliau juga meminta perintah certiorari agar surat perintah Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertarikh 18 Oktober agar pilihan raya negeri dibatalkan, kos dan pelepasan lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
DUN Melaka ke-14 dibubarkan pada 4 Oktober lalu oleh Mohd Ali selepas mendapat nasihat Sulaiman.
Ia susulan tindakan empat ADUN yang diketuai ADUN Sungai Udang, Datuk Seri Idris Haron menarik sokongan terhadap kepimpinan Sulaiman dan Kerajaan Negeri Melaka.
Tiga yang lain ialah Nor Azman Hassan (UMNO-Pantai Kundor), Noor Effandi Ahmad (Bersatu-Telok Mas) dan Norhizam Hassan Baktee (Bebas-Pengkalan Batu).,
Pada 18 Oktober lalu, Pengerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh menetapkan tarikh penamaan calon PRN Melaka pada 8 November depan.
Tarikh mengundi pula ditetapkan pada 20 November melibatkan lebih 495,196 pengundi di 28 kerusi DUN yang akan dipertandingkan.
Fareez Azman
Fri Oct 22 2021

Dalam afidavit sokongannya, Adly antara lain mendakwa Sulaiman telah kehilangan sokongan majoriti Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) pada awal Oktober lalu. - Gambar fail
Houthi umum sekatan maritim pelabuhan Haifa, Israel
Kumpulan Houthi yang disokong Iran di Yaman umum sekatan maritim ke atas pelabuhan Haifa di Israel pada Isnin.

Israel benarkan bantuan ke Gaza, PBB sifatkan "setitis dalam lautan"
Lima lori bantuan yang membawa makanan bayi dan bekalan asas telah dibenarkan memasuki Gaza melalui lintasan Kerem Shalom pada Isnin.
Britain, Perancis, Kanada ugut Israel henti serangan di Gaza
Pemimpin tertinggi Britain, Perancis dan Kanada pada Isnin mengeluarkan kenyataan bersama memberi amaran kepada Israel agar menghentikan serangan ketenteraan terbaharu di Gaza dan menarik balik sekatan bantuan kemanusiaan.
Sepanyol desak Israel dikecualikan daripada acara budaya
Perdana Menteri Sepanyol, Pedro Sanchez, pada Isnin menggesa agar Israel dikecualikan daripada menyertai acara budaya antarabangsa seperti pertandingan Eurovision susulan kempen ketenteraan negara itu di Gaza.

Jejak Al-Haramain: Che Lah sempat bergambar sebagai kenangan
Allahyarham suka bergambar sejak di Madinah lagi dan sering menggunakan alasan sebagai kenangan peribadi.
Kementerian Perpaduan Negara lulus RM2.1 juta untuk program misi Sukarelawan Siswa
Kementerian Perpaduan Negara meluluskan RM2.1 juta bagi memperkasa program MADANI Berkhidmat Sukarelawan Siswa dan inisiatif kesukarelawanan di dalam dan luar negara.
ASEAN ambil langkah tubuh dana monetari, perkukuhkan kewangan serantau
Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan negara anggota ASEAN sedang menghidupkan semula idea mewujudkan dana kewangan serantau sendiri bagi mengukuhkan kestabilan kewangan dan mengurangkan kebergantungan kepada mata wang asing.
ASEAN ulangi komitmen perkukuh keselamatan kesihatan global - Dzulkefly Ahmad
ASEAN ulangi komitmen perkukuh keselamatan kesihatan global - Dzulkefly Ahmad

Jejak Al-Haramain: Che Lah suka sedekah
Sarifah Hassan masih terkejut, tetapi bersyukur kerana pemergian suaminya yang sangat diimpikan oleh mana-mana orang beriman.
[TERKINI] Buka tirai hari ini, tonjol inovasi aeroangkasa dan maritim terkini
Aset-aset pertahanan pelbagai negara yang menyertai Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi 2025 (LIMA’25).

PRN Melaka: 'Yang bawah tak perlu provokasi' - Puteri UMNO
Puteri Umno menasihatkan pimpinan pemuda dalam Pakatan Harapan (PH) tidak membuat provokasi terhadap parti itu berhubung isu pembahagian kerusi DUN Melaka.

Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.

Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.