AYER KEROH: Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka edisi ke-15 ini, sebanyak 28 kerusi Dewan Undangan Negeri Melaka (DUN) menjadi rebutan parti-parti politik yang bertanding.
Parti politik utama iaitu Barisan Nasional (BN), Pakatan Harapan (PH) dan Perikatan Nasional masing-masing bertanding di kesemua 28 kerusi DUN, sekali gus menyaksikan persaingan tiga penjuru di semua tempat.
Pecahan kesemua parti bertanding seperti berikut:
* BN – UMNO (20)
* BN – MCA (7)
* BN – MIC (1)
* PH – PKR (11)
* PH – Amanah (9)
* PH – DAP (8)
* PN – Bersatu (15)
* PN – Pas (8)
* PN – Gerakan (5)
* Parti Pribumi Perkasa Malaysia (Putra) (5)
* Parti Perikatan India Muslim Nasional (1)
* Bebas (22)
SENARIO A: Satu parti berjaya memperoleh majoriti diperlukan untuk membentuk kerajaan negeri
Mana-mana parti politik, boleh membentuk kerajaan sekiranya mereka mempunyai jumlah kerusi yang mencukupi, iaitu 15 kerusi.
Untuk rekod, Perikatan Nasional, Barisan Nasional dan Pakatan Harapan masing-masing bertanding di kesemua 28 kerusi.
Ini menjadikan ketiga-tiga parti ini mempunyai peluang untuk membentuk kerajaan.
Dalam tempoh berbaki kurang 24 jam untuk waktu berkempen, kesemua parti menzahirkan keyakinan untuk memenangi antara 15 - 18 kerusi, walaupun ramalan itu mungkin tersasar bergantung kepada peratusan keluar mengundi.
SENARIO B: Dewan Undangan Negeri tergantung
Dewan Undangan Negeri tergantung (hung assembly) merupakan situasi di mana dua parti mendapat jumlah kerusi yang sama banyak, iaitu 14 kerusi.
Situasi ini bagaimanapun tidak mungkin berlaku memandangkan terdapat tiga parti utama yang bertanding, dengan kekuatan jentera dan pengaruh yang tersendiri.
SENARIO C: Barisan Nasional dan Pakatan Harapan membentuk kerajaan negeri
Situasi seperti ini pernah dibincangkan sebelum ini, terutamanya ketika Perak menghadapi krisis politik yang hampir serupa dengan Melaka pada Disember tahun lepas.
Ketika itu, terdapat khabar angin bahawa terdapat perbincangan antara pimpinan DAP dan UMNO tentang kemungkinan untuk bergabung, namun ia kekal khabar angin.
Selain itu, akar umbi UMNO masih berpegang kepada keputusan Majlis Kerja Tertinggi dan Perhimpunan Agung UMNO - No Anwar, No DAP.
Walaupun hampir mustahil untuk konteks Melaka, namun, jika ianya direalisasikan, berkemungkinan besar pembentukan ini tidak akan melibatkan BN dan PH secara keseluruhan, namun membabitkan komponen, atau wakil-wakil rakyat dari parti komponen.
Dengan erti kata lain, struktur pimpinan parti politik BN dan PH tidak memungkinkan kerjasama itu tercapai secara rasmi
SENARIO D: BN dan PN membentuk kerajaan negeri?
Penggabungan BN dan PN adalah sesuatu yang sudah tidak mustahil.
Jajaran antara parti politik yang diketuai UMNO dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) sudah pun terjadi, sehingga memungkinkan Tan Sri Muhyiddin Yassin menjadi Perdana Menteri pada Mac 2020, menggantikan Tun Dr Mahathir Mohamad.
Bagaimanapun, dengan pertembungan sengit Bersatu dan UMNO di beberapa kerusi ini, menyebabkan kemungkinan itu boleh ditolak tepi.
Satu lagi senario ialah Pas di bawah PN, kembali menyemarakkan kerjasama Muafakat Nasional yang dicapainya dengan UMNO sebelum ini.
Namun, ia bergantung sama ada Pas, mampu mendapatkan bilangan kerusi yang memadai dalam pilihan raya kali ini.
Selain itu, ia juga bergantung kepada keputusan pucuk pimpinan UMNO, yang merasakan tindakan Pas menyertai PN, sedikit sebanyak menggugat kerjasama antara dua parti terbesar Melayu itu, sebelum ini.
* Artikel ini adalah pandangan Astro AWANI
Firdaus Azil
Fri Nov 19 2021

Esok akan menjadi hari penting buat rakyat Melaka untuk memilih parti manakah yang bakal menerajui negeri itu. - Gambar BERNAMA

Lima negara bincang isu jerebu rentas sempadan
Mesyuarat itu melibatkan menteri-menteri Alam Sekitar dari lima negara di selatan rantau ASEAN.

F1: Halo selamatkan nyawa saya, kata Zhou Guanyu selepas kemalangan ngeri
Bendera merah dikibarkan selepas jentera pemandu Mercedes, George Russell, dilanggar oleh Pierre Gasly.

AWANI Ringkas: 4,111 aduan pencemaran bagi enam bulan pertama
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Politik | Jazlan ada gangguan psikologi – Mohd Amar
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah menyifatkanTimbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Johor, Datuk Nur Jazlan Mohamed mempunyai gangguan psikologi. Ini gara-gara dakwaan Nur Jazlan terhadap menteri dari Pas yang gagal memikul tanggungjawab dalam kerajaan.

Pendapatan | Kelantan perlu pelbagaikan sumber pendapatan selain balak
Aktiviti pembalakan di kawasan Hulu Kelantan akan terus berjalan kerana kerajaan negeri bergantung kepada hasil pembalakan. Menurut Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah beliau bersimpati dengan nasib penduduk Orang Asli di kawasannya yang terjejas dengan masalah pembalakan sejak berpuluh tahun lalu.

Nur Jazlan ada gangguan psikologi - Mohd Amar
Mohd Amar berkata ketiga-tiga menteri dari Pas menunjukkan prestasi yang membanggakan dalam kerajaan.

Niaga AWANI: Pelaburan | Unjuran separuh kedua 2022 dan cabaran utama
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

Niaga AWANI: Suku tahun pertama 2022
Niaga AWANI membincangkan berita perniagaan dan ekonomi dalam dan luar negara, serta analisis bersama pakar dan dibawakan oleh Najib Aroff, Ibrahim Sani dan Harits Asyraf Hasnan.

AFCON 2023 ditunda ke Januari 2024
Kejohanan itu sepatutnya diadakan di Ivory Coast pada waktu rehat kejohanan-kejohanan di Eropah tahun depan.

Bilik angkasa lepas daripada bahan kitar semula
Bilik yang dinamakan sebagai Alpha Aerospace itu, pada asalnya merupakan Bilik Pendidikan Bahasa Arab J-QAF.

Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.

PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.

"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.

UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.

ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.

Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.

PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.

Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.

PRN Melaka: BN paling banyak guna retorik kaum, agama - Pusat Komas
Tinjauan Pusat Komas mendedahkan Barisan Nasional (BN) paling banyak menggunakan retorik kaum dan agama dalam meraih undi ketika Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.

PRN Melaka: Mahkamah tolak bantahan petisyen Mohamad Ali
Pada PRN Melaka 20 November lalu, kerusi DUN Sungai Udang dimenangi Dr Mohd Aleef dalam pertembungan empat penjuru.