UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

PRN Melaka: Calon Ketua Menteri PN akan diumumkan dalam masa terdekat - Wan Saiful

Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan calon Ketua Menteri bagi gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada masa terdekat.

Fareez Azman
Wed Nov 17 2021
PRN Melaka: Calon Ketua Menteri PN akan diumumkan dalam masa terdekat - Wan Saiful
Wan Saiful berkata perkara itu akan diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin. - Gambar fail
AYER KEROH: Perikatan Nasional (PN) dijangka mengumumkan calon Ketua Menteri bagi gabungan itu dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka pada masa terdekat.

Menurut Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan, perkara itu akan diumumkan Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

"Kita tunggu Tan Sri Muhyiddin Yassin, orang nombor satu buat pengumuman, kita sengaja tak mengumumkan awal biar kita menang dahulu.

"Di peringkat PN, kita tidak hendak dilihat parti yang tidak habis-habis hendak jawatan Ketua Menteri yang menyebabkan berlaku PRN Melaka. Kita bukan jenis itu, kita fokus politik khidmat," jelasnya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media di Pejabat Bersatu Hang Tuah Jaya di sini pada Rabu.

Turut hadir, calon N.17 Bukit Katil Muhammad Al Afiz dan calon N.18 Ayer Molek, Mohd Fadly Samin.

Ujarnya lagi, isu siapa calon Ketua Menteri Melaka menjadi perkara kedua buat gabungan berkenaan.

"Tetapi ada kemungkinan masa terdekat kita akan umumkan (calon Ketua Menteri), kita tunggu.

"Hari itu saya sebut ada kemungkinan kita umum sebelum dan selepas. Strategi kita tidak hendak umum awal sebab tidak hendak dilihat merebut jawatan Ketua Menteri.

"Ada kekemungkinan kita akan umum dalam masa terdekat," jelasnya lagi.

BACA: [LAPOR LANGSUNG] PRN Melaka: 89.9 peratus pengundi awal tunai tanggungjawab babit 10,390 pengundi - SPR

Mengulas mengenai peluang PN dalam PRN Melaka yang berbaki hanya tiga hari lagi, jelas Wan Saiful, beliau optimis rakyat di negeri itu akan memberi peluang kepada gabungan PN.

"Dari segi data-data kita dapati kebanyakan pengkaji pilihanr aya kita boleh katakan saya tidak hendak kata kita selesa, tetapi yakin potensi itu ada.

"Kalau kita kata yakin confirm dapat (menang) itu terlalu selesa pula, bagi semua parti situasi ini adalah mencabar (parti) yang sombong pun kata cakap boleh berbincang. Jangan sombong awal," ujarnya lagi.

PRN Melaka diadakan berikutan pembubaran DUN pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Sulaiman.
 
SPR menetapkan hari pengundian pada Sabtu ini.

#calon ketua menteri#Wan Saiful Wan Jan#Muhyiddin Yassin
Mayat lelaki dipercayai terjatuh ditemui di rumah pam

Mayat lelaki dipercayai terjatuh ditemui di rumah pam

Seorang lelaki ditemukan mati dipercayai terjatuh ke dalam Rumah Pam Water Park Kelab Cinta Sayang, pada Sabtu.
AWANI Borneo [04/12/2021] - Demi pembangunan Sarawak | Pesanan Tok Nan azimat Azizul | Dapat kuasa keluarkan lesen

AWANI Borneo [04/12/2021] - Demi pembangunan Sarawak | Pesanan Tok Nan azimat Azizul | Dapat kuasa keluarkan lesen

Laporan berita padat dan ringkas dari Kuching, Sarawak bersama Jasmine Abu Bakar membawakan tumpuan berikut #AWANIBorneo 4 Disember 2021: PM ajak rakyat Sarawak buat pilihan bijak Pesanan arwah Tok Nan jadi azimat Azizul Annuar Sabah, Sarawak diberi kuasa pengeluaran lesen penangkapan ikan zon C2 #SarawakMemilih #PRNSarawak
Perkhidmatan Udara | Rasionalisasi RAS di Sabah dan Sarawak - PM

Perkhidmatan Udara | Rasionalisasi RAS di Sabah dan Sarawak - PM

Perdana Menteri, Ismail Sabri Yaakob ketika merasmikan Lapangan Terbang Mukah memberitahu kerajaan melalui Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM) akan melaksanakan Rasionalisasi Perkhidmatan Udara Luar Bandar (RAS) di Sabah dan Sarawak yang disediakan oleh MASwings.
Sosioekonomi Mukah | Pendidikan, pelancongan, makanan jadi tumpuan

Sosioekonomi Mukah | Pendidikan, pelancongan, makanan jadi tumpuan

Kerajaan Negeri Sarawak telah merangka pelan utama bagi mengembangkan sosioekonomi penduduk di Mukah. Ketua Menterinya, Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata pembangunan sosioekonomi di kawasan itu akan berteraskan kepada pendidikan, pelancongan serta sektor makanan. Perancangan tersebut disokong dengan kedudukan Mukah yang strategik di bawah Lembaga Pembangunan Koridor Wilayah (RECODA).
Tangkap Ikan C2 | Sabah, Sarawak diberi kuasa pengeluaran lesen

Tangkap Ikan C2 | Sabah, Sarawak diberi kuasa pengeluaran lesen

Kerajaan pusat bersetuju untuk menyerahkan kuasa menguruskan pengeluaran permit serta lesen laut dalam bagi vesel penangkapan ikan zon C2 kepada Sabah dan Sarawak. Kuasa itu diberikan kepada Pengarah Jabatan Perikanan Sabah dan Jabatan Perikanan Laut Sarawak yang diharap dapat membantu merancakkan lagi pertumbuhan industri laut dalam.
MA63 | Sabah sokong pindaan RUU Perlembagaan Persekutuan

MA63 | Sabah sokong pindaan RUU Perlembagaan Persekutuan

Sabah menyokong penuh cadangan untuk meminda Rang Undang-Undang (RUU) Perlembagaan Persekutuan agar selari dengan peruntukan termaktub dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63). Ketua Menterinya, Datuk Seri Hajiji Noor berkata ia merupakan usaha berterusan yang dilakukan oleh Sabah dan Sarawak.
PRN Sarawak | Penduduk Kampung Sibu Laut bersyukur dah ada bekalan air

PRN Sarawak | Penduduk Kampung Sibu Laut bersyukur dah ada bekalan air

Kira-kira 120 penduduk Kampung Sibu Laut dekat Petra Jaya terpaksa bergantung kepada tadahan air hujan dan perigi. Setiap kali musim kemarau, mereka perlu Ke Jeti Kampung Air Telaga, Kuching yang terletak kira-kira 20 minit dari perkampungan kecil itu untuk mendapatkan bekalan air. Namun segala mimpi ngeri itu kini berakhir.
PRN Sarawak | Harap Ali Biju beri sokongan untuk GPS menang

PRN Sarawak | Harap Ali Biju beri sokongan untuk GPS menang

Calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, Friday Belik berharap bekas ADUN Krian, Datuk Ali Biju untuk bersama-sama memberi sokongan kepadanya sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak. Friday yang merupakan bekas penjawat awam berusia 62 tahun itu berkata setakat ini belum ada perbincangan secara formal diadakan antara beliau dan Ali.
PRN Sarawak | Tiada pertembungan antara komponen PH - Chong

PRN Sarawak | Tiada pertembungan antara komponen PH - Chong

Atas dasar setia kawan, tiada pertembungan kerusi antara komponen Pakatan Harapan (PH) Sarawak dalam Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) kali ini. Pengerusinya, Chong Chieng Jen berkata DAP, Amanah dan PKR akan bekerjasama bagi mendapatkan keputusan terbaik.
PRN Sarawak | Pesanan arwah Tok Nan jadi azimat Azizul Annuar

PRN Sarawak | Pesanan arwah Tok Nan jadi azimat Azizul Annuar

Pesanan ayah tersayang, Allahyarham Pehin Sri Adenan Satem supaya sentiasa bersifat rendah diri dan menyantuni rakyat di bawah akan dipegang calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Datu, Azizul Annuar. Berusia 31 tahun, calon termuda ditampilkan GPS ini juga ingat pesanan arwah ayahnya supaya melakukan sesuatu perkara yang baik dan melaksanakannya dengan sempurna.
Garis Masa: PRN, ragam politik, harga barang antara tumpuan utama November 2021

Garis Masa: PRN, ragam politik, harga barang antara tumpuan utama November 2021

Sepanjang November tahun ini, pelbagai peristiwa dan drama politik tanah air berlaku antaranya PRN Melaka Ke-15, status hubungan Pas dan UMNO dalam MN, ahli parti dan Parlimen lompat parti.
DUN Melaka: Berhenti berpolitik, jalan terus buat kerja sebagai ADUN - Ahmad Faizal

DUN Melaka: Berhenti berpolitik, jalan terus buat kerja sebagai ADUN - Ahmad Faizal

"Jangan gaduh dengan siapa-siapa dan terus tunaikan tangggung jawab serta amanah sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang telah dipilih."
Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan

Tambah baik pengurusan parti perlu dilaksanakan - Redzuan

Penambahbaikan dalam pengurusan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) perlu dilakukan bagi membolehkan asas perjuangan penubuhan parti berkenaan dapat dikembalikan.
PRU15: Kebersamaan parti komponen dalam BN tumpuan utama MCA

PRU15: Kebersamaan parti komponen dalam BN tumpuan utama MCA

Semangat kebersamaan parti komponen dalam BN antara tumpuan utama MCA bagi memastikan kemenangan pada PRU15 selepas kejayaan gabungan itu semasa PRN Melaka.
Peletakan jawatan Mohd Rafiq perlu jadi teladan pemimpin politik - Faizal Azumu

Peletakan jawatan Mohd Rafiq perlu jadi teladan pemimpin politik - Faizal Azumu

Keputusan itu mencerminkan kualiti tinggi seorang pemimpin kerana mengambil tanggungjawab sepenuhnya atas kekalahan PN pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, baru-baru ini.
10 Exco Melaka selesai angkat sumpah

10 Exco Melaka selesai angkat sumpah

Datuk Ab Rauf Yusoh mendahului senarai pada Istiadat Angkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Simpan Rahsia Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka, hari ini.
PRN Sarawak: PH guna logo masing-masing tiada kaitan kekalahan di Melaka - Loke

PRN Sarawak: PH guna logo masing-masing tiada kaitan kekalahan di Melaka - Loke

Keputusan Pakatan Harapan (PH) menggunakan logo parti masing-masing pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 tiada kaitan dengan kekalahan di PRN Melaka baru-baru ini.
Sulaiman umum senarai 10 Exco Melaka, lapan muka baharu

Sulaiman umum senarai 10 Exco Melaka, lapan muka baharu

Lapan muka baharu ditampilkan dalam barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka yang diumumkan Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut antara berita paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 November 2021.
Majlis angkat sumpah Exco Melaka dijangka esok

Majlis angkat sumpah Exco Melaka dijangka esok

Majlis angkat sumpah Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Melaka dijangka berlangsung petang esok selepas mendapat persetujuan Yang di-Pertua Negeri, Tun Mohd Ali Rustam.