MELAKA: Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka bakal menyaksikan kelainan dalam persaingan antara parti politik kerana ia menarik penyertaan lebih ramai calon dan mereka perlu berkempen mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP) khas dan ketat yang ditetapkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kali ini.
PRN Melaka menyaksikan peningkatan calon yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu kepada seramai 112 orang berbanding 85 calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Melaka.
Bukan sahaja jumlah calon, bahkan pertandingan di beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) juga meningkat seperti di Asahan, Duyong dan Gadek yang menyaksikan pertandingan enam penjuru berbanding tiga penjuru pada PRU14.
PRN ini juga mengetengahkan calon termuda berusia 21 tahun, Farzana Hayani Mohd Nasir di DUN Sungai Rambai dan calon tertua berusia 68 tahun iaitu Datuk Kalsom Noordin di DUN Pengkalan Batu.
Pilihan Raya ini juga menampilkan lebih 50 peratus calon muda iaitu seramai 65 orang berusia antara 21 hingga 49 tahun manakala baki 47 calon berusia 50 hingga lebih 60 tahun selain mempertaruhkan 16 calon wanita dan 96 calon lelaki.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] 'Perang' PRN Melaka sudah bermula
Dengan tamatnya proses penamaan calon pada 10 pagi tadi di 28 kerusi DUN di negeri ini yang berlangsung dalam suasana norma baharu, maka tempoh berkempen sudah bermula sehingga 11.59 malam, 19 Nov ini.
Tidak seperti hari penamaan calon sebelumnya, tiada suasana seperti karnival kerana perarakan dan perhimpunan ramai tidak dibenarkan di bawah SOP yang dikeluarkan SPR.
Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN) dan Pakatan Harapan (PH) masing-masing mempertaruhkan 28 calon, Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra) (lima), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) (satu) dan Bebas (22) pada PRN ini.
Selain itu, dua fakta menarik yang dapat dilihat pada pilihan raya ini ialah buat kali kedua satu pilihan raya negeri diadakan di Semenanjung secara bersendirian tanpa bersekali dengan pilihan raya umum selepas suatu Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri Kelantan telah diadakan pada 11 Mac 1978.
PRN ini juga menyaksikan PAS bertanding menggunakan logo gabungan PN selepas buat kali pertama menggunakan panji-panji BN pada 1974.
Bagaimanapun, cabaran terbesar untuk calon dan lawan masing-masing ialah SOP khas yang ketat pada PRN ini.
Larangan penganjuran ceramah, syarahan, kempen secara fizikal serta corak kempen konvensional lain seperti jelajah mesra dan ziarah rumah ke rumah sepanjang tempoh PRN berlangsung, memaksa pihak-pihak yang bertanding berfikir di luar kotak untuk menyampaikan mesej dan memperkenalkan calon mereka.
Meskipun kadar celik media sosial sudah semakin tinggi dalam kalangan rakyat, ia bukanlah satu-satunya pilihan yang ada tanpa kemeriahan suasana pilihan raya yang sinonim dengan aktiviti berkempen, ceramah, ziarah rumah ke rumah dan perarakan.
SOP berkenaan diadakan bukanlah untuk menyekat kebebasan berkempen tetapi untuk memelihara kesejahteraan rakyat keseluruhan walaupun ada pihak yang tidak berpuas hati, selain bagi memastikan PRN Melaka tidak menjadi pencetus kepada kemunculan kluster COVID-19 yang baharu, .
Walaupun terdapat pelbagai larangan, peluang untuk menyampaikan mesej kepada pengundi masih ada dengan melaksanakan kempen menerusi kenderaan yang dipasang dengan alat pembesar suara dan mendapat permit polis.
Pengerusi SPR Datuk Abdul Ghani Salleh dalam sidang medianya juga turut memberikan contoh mudah bagi kefahaman semua dengan mengambil contoh penjualan tilam menggunakan lori dan alat pembesar suara yang melalui jalan-jalan di taman-taman perumahan.
Pendekatan sama juga boleh diambil parti politik atau individu bertanding di samping SPR membenarkan pengedaran risalah bagi tujuan berkempen di peti-peti surat penduduk sekitar dengan mematuhi penjarakan fizikal sekurang-kurangnya satu meter.
SPR juga telah menubuhkan 28 pasukan penguat kuasa kempen pilihan raya untuk memantau semua aktiviti calon ketika berkempen agar tiada sesiapa pun yang dikesan melanggar SOP yang ditetapkan.
SOP khas ini akan dilaksanakan dengan ketat pada semua proses perjalanan pilihan raya iaitu taklimat petugas, proses cetakan dan semakan kertas undi, pengeluaran dan pengiraan kertas undi pos, semakan isi peti undi, di sepanjang tempoh berkempen, hari mengundi dan penjumlahan rasmi undi.
SPR menetapkan hari ini sebagai hari penamaan calon manakala tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov dan undi awal pada 16 Nov berikutan pembubaran Dewan Undangan Negeri pada 4 Okt lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri.
Melaka yang mempunyai 28 kerusi DUN, memiliki seramai 495,196 pengundi berdaftar dengan 240,530 atau 48.57 peratus pengundi adalah lelaki dan baki 254,666 atau 51.43 peratus, wanita.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Nov 08 2021
PRN Melaka menyaksikan peningkatan calon yang mengambil bahagian dalam proses demokrasi itu kepada seramai 112 orang berbanding 85 calon pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) di Melaka. - Gambar hiasan/BERNAMA
Lebih 500,000 pengembara Singapura ke Malaysia sehari
Lebih 500,000 pengembara dilepaskan menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands dan Tuas di Singapura pada menjelang cuti panjang hujung minggu Good Friday.
[TERKINI] Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ini laporan yang baharu kami terima.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Seorang lelaki warga Israel ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) bersama enam pucuk pistol di sebuah hotel di Jalan Ampang, pada Rabu lalu.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan palsu Perancis.
Kumpulan Sunway kongsi nikmat ramadan melalui jelajah Sinar Ramadan 2024
Bersempena ulang tahunnya yang ke-50, Kumpulan Sunway menjalankan siri jelajah ke lima negeri bagi berkongsi nikmat sebenar ramadan kepada lebih 4,000 golongan kurang berkemampuan.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Singapura rampas 1.5 tan produk segar dan makanan proses dari Malaysia
Kira-kira 1.5 tan produk segar dan makanan diproses yang diimport secara haram dari Malaysia dirampas Agensi Makanan Singapura (SFA) selepas satu operasi bersama Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaan (ICA) awal minggu ini.
Kerajaan Persekutuan ambil alih projek LRT Pulau Pinang dengan syarat
Projek pembangunan LRT Laluan Mutiara Pulau Pinang akan diambil alih oleh Kerajaan Persekutuan tetapi dengan meletakkan syarat kepada Kerajaan Pulau Pinang.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Kerajaan juga akan mempertimbangkan kaedah pembiayaan projek yang sesuai sama ada melalui Peruntukan Pembangunan ataupun kaedah lain yang sesuai.
Pembangunan LRT tidak ancam George Town
Pembangunan projek Transit Aliran Ringan (LRT) Laluan Mutiara, Pulau Pinang tidak akan mengancam kedudukan Georgetown sebagai Tapak Warisan Dunia Pertubuhan Saintifik, Pendidikan dan Kebudayaan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke, berkata semua pertimbangan awal sudah diambil kira termasuk kelulusan yang diperoleh daripada pelaksanaan Penilaian Kesan Alam Sekitar (EIA) dan Penilaian Kesan Sosial (SIA).
Tiada layanan istimewa kepada Najib - Penjara
Ketua Pengarah Jabatan Penjara, Datuk Nordin Muhammad menegaskan tiada sebarang layanan istimewa diberikan kepada mana-mana individu termasuk Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di penjara.
Lelaki Israel ditahan di KL bersama enam pucuk pistol
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, suspek yang berusia 36 tahun itu masuk ke negara ini menggunakan pasport palsu Perancis.
Beli kondo mewah: Isa Samad, Mohd Emir diperintah bayar RM3.31 juta kepada FGV
Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan bekas Pengerusi FGV Holdings Berhad Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dan bekas Presiden Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Mohd Emir Mavani Abdullah membayar lebih RM3.31 juta kepada syarikat itu berhubung pembelian dua unit kondominium mewah di ibu negara.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.