awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
MBSB IB jangka pertumbuhan ekonomi Malaysia 4.3 peratus pada 2026
Zelenskyy lantik ketua risikan tentera terajui pentadbiran Presiden dalam rombakan besar
Trump rancang ubah suai ‘padang golf Presiden’ walaupun belum pernah bermain di situ
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Jojo Ghazali bidas trend selebriti, pempengaruh sertai pertarungan Muay Thai

Gempak
Gempak
19/08/2025
04:10 MYT
Jojo Ghazali bidas trend selebriti, pempengaruh sertai pertarungan Muay Thai
Jojo berkata perkara tersebut bukan sahaja memalukan malah boleh menjejaskan imej serta perkembangan sukan Muay Thai di Malaysia.
JAGUH sukan Muay Thai, Jojo Ghazali meluahkan rasa kecewa apabila segelintir selebriti dan pempengaruh didakwa tidak menjaga adab ketika menyertai sukan Muay Thai.

Ringkasan AI
  • Jojo Ghazali kecewa dengan sikap selebriti dan pempengaruh yang tidak menjaga adab ketika menyertai sukan Muay Thai, sehingga menjejaskan imej sukan tersebut.
  • Beliau turut menegur penganjur acara yang lebih mementingkan populariti dan pemasaran murahan berbanding menjaga integriti sukan.
  • Jojo memberi amaran bahawa acara melibatkan selebriti boleh merosakkan reputasi dan masa depan Muay Thai jika tidak dikendalikan secara beretika dan profesional.

Menerusi satu hantaran di TikTok, Jojo atau Muhammad Johan Ghazali Zulfikar berkata perkara tersebut bukan sahaja memalukan malah boleh menjejaskan imej serta perkembangan sukan Muay Thai di Malaysia.
“Betul-betul memalukan sekarang, ada influecer, selebriti, macam-macam orang yang acah nak jadi fighter. Berlatih dua tiga minggu lepas tu nak naik ring. Korang nak gaduh, acah jadi fighter suka hati kaulah, buatlah apa korang nak.
“Tapi bila korang masuk dalam sukan Muay Thai, tolonglah jaga etika dan adab. Jangan bawa perangai (...) korang dekat sini. Lagi-lagi penganjur zaman sekarang semua tak ada etika,” katanya.
Jojo turut menegur sikap segelintir penganjur acara yang didakwa mementingkan populariti dan pemasaran murahan berbanding menjaga integriti sukan.
Tambah Jojo, meskipun acara melibatkan selebriti dan pempengaruh menjanjikan pulangan kewangan lumayan namun ia berisiko merosakkan reputasi serta masa depan Muay Thai.
“Kebanyakanlah semua tak ada etika, korang ni sebelum korang nak buat marketing pakailah otak dulu. Boleh ke? Tak susah pun nak jaga adab, make sure semua ada black and white. Jangan suka hati pakai muka orang atas poster untuk marketing murah.
“Aku faham event-event macam ni banyak duit. Tapi macam mana Muay Thai dan fighter-fighter Muay Thai nak maju kalau asyik join fight-fight bodoh macam ni? Marketing murah, lawan dengan selebriti, influencer. Sekali dua okaylah, tapi bila dah melampau, ia rosakkan sukan.
“Daripada segi marketing, influencer dan selebriti memang boleh tolong. Tapi jangan melampau. Pakai otak, jaga adab dan jangan sampai merosakkan sukan,” pesannya. - Gempak
Topic Berkaitan
#Jojo Ghazali
#Muay Thai
#influencer
#selebriti
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan