MELAKA: ''Macam kembali ke zaman 70-an.'' Begitulah ulasan spontan salah seorang bakal pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Keroh, Mohd Arshad Ismail, 68, ketika melihat kenderaan parti yang dipasang alat pembesar suara bagi tujuan kempen mengenal calon yang dilakukan di sekitar Bukit Beruang di sini pada Rabu.
Peniaga makanan itu berkata, kaedah itu mungkin nampak seperti ketinggalan zaman tetapi tetap menjadi langkah terbaik bagi mengelak orang ramai berhimpun dan meningkatkan kes jangkitan COVID-19 di negeri ini.
''Sebagai orang tua mungkin cara ini saja kita boleh kenal calon sebab saya tak guna sangat Facebook, apatah lagi yang lain-lain. Selalunya dapat maklumat pun melalui kumpulan WhatsApp rakan-rakan.
Jadi lagi kerap kenderaan tersebut lalu di kawasan ini, mungkin kita akan ingat muka calon tersebut,'' katanya ketika ditemui Bernama.
Beliau juga mengakui kempen kaedah baharu seperti di media sosial dan penggunaan pembesar suara pada kenderaan parti sedikit sebanyak "menyuramkan" suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
''Lebih terasa apabila tiada ceramah di pusat gerakan atau di padang macam dulu. Beramai-ramai duduk dan dengar ceramah lepas Isyak. Paling penting kita boleh bersoal jawab dengan calon dan dari situ, baru nampak kredibiliti calon yang bertanding.
Saya rasa, cara tradisional lebih sesuai dan mesej lebih sampai kepada penduduk terutama di kampung-kampung berbanding kaedah sekarang. Tapi kita kena fikir tentang kesihatan orang lain juga,'' katanya.
Bagi Natasha Bismil, 23, beliau tidak kisah mana-mana platform yang digunakan calon dan parti selagi maklumat terutama berkaitan calon sampai dan dilakukan dalam keadaan terkawal.
''Kalau saya, memang lebih suka penggunaan media sosial sebab maklumat itu lebih cepat sampai dan ia boleh diakses di mana-mana.
Memang kita tak akan jumpa dengan calon secara bersemuka terutama yang calon baharu. Sebab itulah calon perlu memaksimumkan penggunaan media sosial, kena lebih ke depan untuk menonjolkan diri,'' kata pegawai perhubungan awam di sebuah hotel di sini.
Pada 8 Nov lepas, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan calon hanya boleh berkempen melalui kenderaan yang dipasang alat pembesar suara pada waktu yang ditetapkan dalam permit PDRM dan tidak membenarkan penganjuran ceramah atau berkempen secara fizikal sepajang tempoh pilihan raya.
Justeru media sosial seperti Facebook, Twitter, TikTok serta Instagram menjadi platform penting sepanjang tempoh menuju hari pengundian pada 20 Nov, terutama rata-rata parti yang bertanding mengetengahkan muka-muka baharu.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Nov 10 2021
Kaedah kempen cara baharu seperti di media sosial dikatakan sedikit sebanyak "menyuramkan" suasana Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka. - Gambar hiasan
PADU: Keraguan pengguna patut menjadi satu mesej yang kerajaan kena faham - Pakar
Masalah itu tercetus akibat kurangnya komunikasi yang cermat dan akhirnya, ia membawa kepada pemahaman yang bersegmen dan kompleks.
Jumlah korban serangan di dewan konsert Rusia meningkat kepada 143
Jumaat lepas, sekumpulan lelaki bersenjata melepaskan tembakan rambang di Dewan Bandaraya Crocus, Krasnogorsk dalam Wilayah Moscow.
Kerjasama dua hala India-Malaysia bergantung kepada kepercayaan, kebolehpercayaan bersama - Menteri Luar
Memupuk kepercayaan dan kebolehpercayaan bersama sebagai asas untuk kerjasama dua hala antara India dan Malaysia adalah sangat penting, kata Menteri Luar India, Dr S. Jaishankar.
AWANI 7:45 [28/03/2024] - 75 peratus pemegang akaun keldai | Sakit mata, sakit hati | Bayar agihan pendapatan | Elak serbuan saat akhir
#AWANI745 malam ini bersama Essan Yahya;
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
1. Scammer! Dalam tiga bulan, lebih empat ribu ditahan
2. Hati jadi sakit, lambakan kereta terbiar depan rumah... Gempur745 siasat
3. PNB agih pendapatan RM0.67 bilion
4. Tambahan 300 kaunter PADU seluruh negara
AWANI Ringkas: Rusuhan di bazar Ramadan
AWANI Ringkas
PM Anwar beri bayangan tiada 'cuti tambahan' sempena sambutan Aidilfitri
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beri bayangan tiada cuti tambahan diberikan menjelang sambutan Hari Raya Aidilfitri yang dijadual pada 10 April depan.
UAE lancar kempen derma lebihan makanan sepanjang Ramadan
Emiriah Arab Bersatu (UAE) menerusi UAE Food Bank melancarkan kempen menderma lebihan makanan sepanjang ramadan kepada mereka yang memerlukan.
Pelapor Khas PBB terima ugutan
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Francesca Alabanese mendedahkan menerima ugutan ketika cuba mengumpulkan bukti genosid dilakukan Israel di genting Gaza.
Pentadbiran Biden arah semua agensi persekutuan AS lantik ketua pegawai AI
Pentadbiran Presiden Joe Biden telah mengarahkan semua agensi persekutuan negara itu melantik seorang ketua pegawai Kecerdasan Buatan (AI) untuk menyelia semua teknologi berkaitan.
Gempur: Masalah lambakan kereta usang membelenggu penduduk
Lambakan kereta tersadai di kawasan flat Sri Pantai menyebabkan penduduk berdepan masalah kekurangan parkir. Ada yang sudah berbulan malah ada yang bertahun tersadai sehingga menyebabkan kesesakan di kawasan parkir. Walaupun beberapa kali pihak berkuasa menunda kenderaan, tetapi masalah ini terus berulang.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.