MELAKA: Dinamik politik di Malaysia pasca Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) membolehkan pelbagai kemungkinan terjadi, termasuklah parti yang membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan, bertanding sesama sendiri pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka.
Tambahan dengan dengan prosedur operasi standard (SOP) ketat dikenakan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang mengekang kempen secara bersemuka antara calon dengan pengundi, seakan memberi 'padang yang rata' kepada parti yang bertanding untuk meraih hati pengundi, terutama kepada pihak yang dilihat kurang mempunyai jentera parti.
Namun dalam masa yang sama, SOP ketat bagi mengekang penularan COVID-19 menyebabkan pemerhati politik sukar meramal, sejauh mana sokongan diterima Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (Putra), Parti Perikatan India Muslim Nasional (IMAN) mahupun calon Bebas.
Pensyarah Kanan Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, Universiti Teknologi Mara (UiTM) cawangan Melaka Shafezah Abdul Wahab berkata ramalan ketika ini tiada mana-mana pihak mampu mendapat majoriti mudah 15, daripada 28 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).
Beliau melihat parti-parti sukar mendapatkan kemenangan majoriti mudah 15 kerusi bagi membentuk kerajaan negeri, malah berkemungkinan tidak dapat mempertahankan beberapa kerusi daripada kerusi yang dimenanginya pada PRU14 lalu.
"PH berhadapan saingan sengit di Duyong membabitkan persaingan enam penjuru dan Bemban (lima penjuru). Parti ini hanya kelihatan selesa di Machap Jaya, Ayer Keroh, Kesidang, Banda Hilir dan Kota Laksamana ketika ini," katanya ketika dihubungi Bernama di sini.
Ketika ini, tiga parti besar yang bertanding masing-masing mempunyai pengaruh di kawasan yang ditandingi, manakala parti yang baharu bertanding seperti Putra, IMAN dan calon Bebas mungkin sekadar menyerikan suasana semata-mata.
Dapatan awal melihat BN selesa di 10 kerusi membabitkan kerusi Kuala Linggi, Ayer Limau, Lendu, Taboh Naning, Asahan, Ayer Molek, Rim, Serkam, Merlimau dan Sungai Rambai, manakala PH pula di 12 kerusi (Rembia, Gadek, Machap Jaya, Durian Tunggal, Klebang, Ayer Keroh, Bukit Katil, Kesidang, Kota Laksamana, Duyong, Banda Hilir dan Bemban).
Sementara PN pula dilihat mempunyai peluang enam kerusi (Tanjung Bidara, Sungai Udang, Pantai Kundor, Paya Rumput, Telok Mas dan Pengkalan Batu).
Melihat kepada perkembangan itu, Shafezah berkata ada kemungkinan besar untuk parti-parti yang mendapat kerusi paling banyak walaupun tidak mendapat majoriti mudah, untuk bergabung dan membentuk kerajaan.
"PH hanya memerlukan tujuh daripada 20 kerusi kawasan majoriti Melayu, kerana DAP tidak menghadapi masalah untuk menang di lapan kawasan majoriti kaum Cina, berbanding UMNO atau Bersatu dan Pas, yang perlu menang sekurang-kurang 15 kerusi di kawasan majoriti Melayu. Akibat pertembungan antara UMNO dan Bersatu-Pas, ia menjadi pemudah cara bagi PH kembali berkuasa di Melaka.
"Jika PH menang kurang tujuh kerusi di kawasan majoriti Melayu pula, maka akan berlaku sekali lagi, pecah dahulu gabung kemudian, antara Umno, Bersatu dan Pas, untuk membentuk Kerajaan negeri Melaka.
"Apa yang akan berlaku pada PRN Melaka tidak boleh ditafsirkan akan berlaku pada PRU15, kerana jika UMNO menang besar dan Bersatu tewas, Pas akan berfikir kembali dengan siapakah sepatutnya parti itu akan bekerjasama pada masa hadapan," katanya.
Menguatkan lagi pandangan ini, Timbalan Pengerusi BN Datuk Seri Mohamad Hasan pada sidang media selepas pelancaran manifesto BN Rabu lepas dipetik sebagai berkata, gabungan parti itu bersikap terbuka kepada mana-mana pihak untuk membentuk kerjasama menubuhkan kerajaan.
Sementara itu, Profesor di Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Prof Dr Sivamurugan Pandian berkata keputusan parti mana yang akan mendapat kerusi paling banyak pada PRN Melaka, akan bergantung kepada peratusan jumlah pengundi yang akan keluar mengundi pada 20 November nanti.
Beliau berkata pada hari pengundian awal hari ini, sentimen penjawat awam terutama membabitkan anggota tentera dan polis, dilihat memihak kepada BN selepas beberapa siri Pilihan Raya Kecil (PRK) yang berlangsung sebelum ini.
"Bagaimanapun, Sabtu ini akan menentukan jumlah peratusan mengundi menepati ataupun tidak jangkaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang meramalkan kira-kira 70 peratus akan keluar mengundi.
"Ini disebabkan ada pengundi di Melaka yang tidak dapat pulang untuk mengundi terutama yang tinggal di luar dari Melaka khususnya Singapura, ketakutan terhadap pandemik malah mungkin ada protes terhadap parti sendiri dalam pemilihan calon.
"Parti politik yang bertanding perlu mencari formula untuk mengajak rakyat untuk keluar mengundi sebagaimana yang dilakukan PH pada PRU14 lalu, yang memainkan sentimen untuk menumbangkan BN di peringkat kerajaan Persekutuan," katanya.
Masih berbaki tiga hari lagi sebelum 482,549 pengundi akan menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, Sabtu ini.
SPR menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 November dan undi awal pada 16 November, berikutan pembubaran DUN pada 4 Oktober lepas selepas empat Ahli Dewan Undangan Negeri menarik sokongan terhadap Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 16 2021
SOP ketat bagi mengekang penularan COVID-19 menyebabkan pemerhati politik sukar meramal, sejauh mana sokongan diterima setiap parti yang bertanding. - Bernama
Piala FA Inggeris: Status Erling Haaland masih tanda tanya
Pep Guardiola mendedahkan bahawa pemain berusia 23 tahun itu meminta untuk dikeluarkan tanpa memberi alasan yang kukuh.
Anwar hadir selesai kemelut MPN Sabah
Beliau mempengerusikan perjumpaan tersebut yang dipercayai bagi menyelesaikan kemelut politik PKR di negeri ini.
Piala Asia B-23: Vietnam intai peluang benam Malaysia, layak ke suku akhir
Vietnam mencari peluang untuk memastikan slot ke suku akhir Piala Asia B23 apabila berdepan Malaysia malam ini.
AWANI Pagi: Berita tumpuan & menarik di astroawani.com [20 April 2024]
AWANI Pagi bersama Geegee Ahmad & Azib Zikry membincangkan keperluan pengenalan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja (SKBBK) di mana Presiden Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC), Mohd Effendy Abdul Ghani akan menekankan bahawa langkah proaktif itu adalah untuk melindungi hak-hak pekerja khususnya apabila melibatkan kemalangan jalan raya di luar waktu bekerja.
Lelaki bertindak bakar diri di luar mahkamah New York
Max Azzarello yang berasal dari St. Augustine, Florida, dilaporkan telah diselamatkan dan berada dalam keadaan kritikal.
[TERKINI] Ketua Polis Negara paling lama meninggal dunia
Bekas Ketua Polis Negara, Tun Mohamed Hanif Omar, meninggal dunia pada usia 85 tahun di kediamannya di Shah Alam pada 2.15 pagi Sabtu.
Pasangan suami isteri tidak sangka dua kali tolak tawaran, masih ada rezeki tunai haji tahun ini
Selepas surat tawaran berada di dalam tangan, dia dan isteri giat membuat persiapan demi memastikan mereka memperoleh haji yang mabrur.
Lelaki bertindak bakar diri di luar Mahkamah New York
Seorang lelaki bertindak membakar dirinya di luar mahkamah New York di mana perbicaraan bagi kes bekas presiden Amerika syarikat Donald Trump sedang berjalan
Perlu isyhtihar jika bawa lebih S$20,000
: Semua pengembara yang memasuki atau meninggalkan Singapura membawa mata wang fizikal dan instrumen boleh niaga (CBNI) dengan nilai lebih 20 Ribu Dolar Singapura atau bersamaan dalam mata wang asing.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
Pengisytiharan CBNI ini supaya membantu usaha Singapura membanteras aktiviti jenayah seperti pengubahan wang haram dan Keperluan sedemikian adalah kebiasaan di banyak negara.
G7 tekad, untuk redakan perang di Asia Barat, Ukraine-Rusia
Isu peperangan di Ukraine dan Asia Barat mendominasi mesyuarat Menteri Luar Kumpulan G7,terdiri daripada Amerika Syarikat, Itali, Kanada, Perancis, Jerman, Jepun dan Britain.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Sidang kemuncak menteri luar itu berakhir sejurus selepas serangan Israel ke atas Iran dikatakan sebagai tindakan balas terhadap serangan dron dan peluru berpandu Iran baru-baru ini ke atas Israel.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.