MELAKA: Pembahagian kerusi melibatkan Pas bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dijangka diketahui selewat-lewatnya dalam tempoh seminggu lagi selepas perbincangan antara parti itu dengan UMNO dan Bersatu.
Pesuruhjaya Pas Melaka Datuk Kamarudin Sidek berkata perbincangan yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pas Pusat itu bertujuan mengelak berlaku pertembungan lebih daripada dua penjuru sekali gus merugikan semua parti komponen yang bernaung di bawah Perikatan Nasional (PN) dan Muafakat Nasional (MN).
"Pas berada dalam MN dan PN yang terdapat juga UMNO dan Bersatu... hubungan kerjasama antara parti komponen terlibat masih terjalin. Jadi isu pembahagian kerusi bagi PRN Melaka perlu membabitkan semua parti terlibat.
"Kita akui terdapat laluan sukar dan mudah di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) namun misi utama kita ialah pertandingan dua penjuru di setiap kerusi bagi memudahkan laluan kita untuk menghadapi Pakatan Harapan (PH)," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Kamarudin berkata menerusi perbincangan itu, setiap parti dijangka mengemukakan calon masing-masing dan keputusan akan dibuat secara bersama bagi memilih calon terbaik untuk bertanding di setiap kerusi.
Beliau berkata sekiranya perbincangan menemui jalan buntu, Pas tidak teragak-agak untuk bergerak sendiri dan meletakkan calon di kerusi yang turut ditandingi UMNO dan Bersatu meskipun terpaksa berdepan saingan tiga penjuru.
Kamarudin, yang merupakan calon Pas bagi kerusi Duyong pada PRU14 dan tewas kepada Damian Baba Yoe dari DAP, berkata beliau sedia kembali bertanding di kawasan itu pada PRN kali ini jika dipersetujui UMNO dan Bersatu.
Pas Melaka bertanding di 24 daripada 28 kerusi DUN Melaka pada PRU14 lepas.
Menyentuh persediaan Pas bagi menghadapi PRN Melaka, beliau berkata jentera parti itu telah bersiap siaga dalam semua aspek dan semua bilik gerakan telah dibuka.
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Abdul Ghani Salleh hari ini mengumumkan 20 Nov sebagai tarikh pengundian bagi PRN Melaka manakala 8 Nov bagi penamaan calon dan undi awal 16 Nov.
Pada 4 Okt lepas, SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran DUN Melaka penggal ke-14 daripada Speaker Datuk Seri Ab Rauf Yusoh setelah kerajaan negeri pimpinan Barisan Nasional (BN) hilang majoriti.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 18 2021
Perbincangan yang akan diuruskan oleh Jawatankuasa Teknikal Pas Pusat itu bertujuan mengelak berlaku pertembungan lebih daripada dua penjuru sekali gus merugikan semua parti komponen yang bernaung di bawah PN dan MN. - Gambar hiasan
UTM optimis pacu teknologi AI negara, lahir tenaga mahir
Inisiatif kolaboratif dengan institusi akademik lain dikenali sebagai Konsortium AI Malaysia turut diperkenal.
337 stesen pemancar 5G beroperasi di Pahang
Baki 24 struktur disasarkan untuk disiapkan menjelang penghujung suku kedua tahun ini sekali gus menepati sasaran liputan 5G di kawasan berpenduduk.
Dua dokumentari warisan Malaysia disenarai dalam MOWCAP
Dua dokumentari itu ialah At-Tarikh Salasilah Negeri Kedah: Genealogical History of Kedah State dan The Royal Correspondence of Baginda Omar.
Ibu bapa berperanan penting dalam tumbesaran kanak-kanak
Beliau berkata pelbagai masalah mungkin timbul, sekiranya kanak-kanak tidak mendapat perhatian yang cukup daripada ibu bapa.
10 pekerja maut dalam letupan kilang mercun di India
Sekurang-kurangnya 10 pekerja termasuk enam daripadanya wanita terbunuh dalam letupan di kilang mercun berlesen di kampung Sengamalapatti di Sivakasi, Tamil Nadu, India.
Filipina gesa diplomat China diusir
Ia berhubung dakwaan kebocoran perbualan telefon dengan seorang pegawai tentera Filipina berhubung perbalahan di Laut China Selatan.
Astro Kem Badminton singgah di Johor Bahru
Dengan kerjasama Felet dan Carrie Bacbuster, peserta diuji dengan latihan intensif dengan harapan akan terpilih ke kem latihan bersama Akademi Badminton Malaysia (BAM).
61 maut akibat strok haba di Thailand
Kementerian Kesihatan hari ini memaklumkan, kematian akibat strok haba di Thailand setakat tahun ini adalah 61 kes, lebih banyak daripada angka keseluruhan direkodkan tahun lalu.
China minta Filipina henti provokasi
Reaksi itu diberi China selepas penasihat keselamatan negara Filipina menggesa pegawai kedutaan China diusir, pada Jumaat.
Serangan Rafah: Hanya sebuah hospital beroperasi
Hospital Kuwait kini menjadi satu-satunya institusi perubatan yang berfungsi di bandar dengan populasi lebih satu juta penduduk itu.
Kejayaan PRN Melaka mampu diterjemah di enam negeri - Ab Rauf
Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Melaka, Datuk Seri Ab Rauf Yusoh yakin kejayaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang lalu mampu diulangi.
Banjir: 'Kami dah muak, tak tahulah mengundi ke tidak PRU15 ini' - Penduduk Durian Tunggal
Pilihan raya datang lagi dan pemimpin silih berganti, namun masalah banjir yang membelenggu penduduk Durian Tunggal, di sini sejak berbelas tahun lalu, bagai tiada kesudahan.
Mahkamah tolak petisyen cabar keputusan DUN Sungai Udang
Mahkamah Pilihan Raya hari ini menolak petisyen untuk mencabar keputusan pilihan raya bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Udang Pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka, November lalu.
PRU15: PKR tidak boleh tanding bersendirian - Amirudin
Amirudin berkata ia berdasarkan dua kajian lapangan sewaktu Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka dan Johor sebelum ini.
"Saya masih Ketua Menteri Melaka" - Sulaiman nafi dakwaan lepaskan jawatan
Sulaiman sangkal dakwaan segelintir pihak kononnya beliau sudah meletakkan jawatan sebagai Ketua Menteri Melaka.
UMNO Melaka tutup rapat pintu rundingan dengan Norhizam
Parti itu mempunyai ramai tokoh yang lebih baik daripada bekas pemimpin tersebut yang jelas tidak setia dengan pucuk pimpinan kerajaan negeri.
ADUN Sungai Udang gagal rayu bantah petisyen pilihan raya calon BN
Hakim berkata keputusan Mahkamah Pilihan Raya dalam menolak bantahan awal Mohd Aleef, adalah tidak boleh dirayu ke Mahkamah Persekutuan.
Tiada laporan politik wang pada PRN Melaka - SPRM
Pihak SPRM tidak menerima sebarang laporan daripada individu mahupun parti politik berhubung sebarang salah guna atau kegiatan politik wang sepanjang proses pilihan raya itu berjalan.
PRN Johor: Peratusan keluar mengundi mungkin lebih rendah dari jangkaan SPR, PRN Melaka - Penganalisis
Penganalisis jangka sehingga pukul 6 petang, peratusan keluar mengundi sekitar 50 hingga 60 peratus sahaja.
Kerajaan negeri Melaka berjaya laksana 58 inisitiaf aku janji 100 hari
Pencapaian 100 peratus bagi 100 hari pentadbiran itu melibatkan lima teras, kata Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali.