awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Letupan di universiti swasta: Polis klasifikasi kematian pekerja kontraktor sebagai mati mengejut
Lihat pangkat yang terlibat, indikasi isu besar di MINDEF - Azam Baki
Ant sokong piawaian dagangan AI Google, beri petunjuk integrasi TNG eWallet
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Melaka: Rakyat jangan takut keluar mengundi esok, pesan Khairy

Firdaus Azil
Firdaus Azil
19/11/2021
10:50 MYT
PRN Melaka: Rakyat jangan takut keluar mengundi esok, pesan Khairy
Secara keseluruhan, Khairy berpuas hati dengan pelaksanaan SOP pada PRN Melaka. - Gambar Astro AWANI
KOTA MELAKA: Pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) yang ketat untuk Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka adalah demi mengimbangi perjalanan proses demokrasi negara ini serta memastikan keutamaan terhadap kesihatan dan keselamatan rakyat.
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata, beliau akui ramai pihak tidak berpuas hati terhadap SOP berkenaan, termasuk dari partinya sendiri, namun Khairy berpendapat, SOP Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk PRN ini adalah tepat.
Katanya lagi, SOP yang dikeluarkan dengan kerjasama Kementerian Kesihatan Malaysia itu adalah bagi mengekang penularan wabak COVID-19 yang lebih serius.
“Kita sudah pasti tak mahu halang proses demokrasi, kerana itu penting, tetapi yang sama penting ialah kesihatan awam.
“Dan dalam hal pilihan raya, kita kena imbangi hak demokrasi (yang) termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan juga kesihatan awam untuk pastikan tidak berlaku peningkatan kes mendadak disebabkan PRN,” katanya kepada Astro AWANI.
Dalam pada itu, Ahli Parlimen Rembau itu berkata, secara keseluruhan beliau berpuas hati dengan pelaksanaan SOP tersebut dan ia mungkin akan dipakai untuk Pilihan Raya Negeri Sarawak dengan beberapa modifikasi.
Khairy dalam masa sama mengharapkan pematuhan tersebut berterusan sehingga hari pengundian esok (20 November) terutamanya oleh calon bertanding, pengundi dan petugas parti.
Menurut beliau, rakyat Melaka tidak perlu berasa takut untuk keluar mengundi kerana SPR dan KKM akan memastikan proses berjalan dalam suasana yang teratur dan selamat.
“Kita harap perjalanan proses pengundi ikut SOP ketat SPR dan KKM. Penjarakan mesti dijaga, pakai pelitup muka, sanitasi tangan dan sebagainya.
“Kita dah buat semua SOP ini tujuannya untuk pastikan proses selamat dan tidak ancaman kesihatan awam. Dan saya harap dengan SOP ada, pengundi di Melaka yakin.
“Jangan takut untuk mengundi, kerana kita ada SOP ketat, kita tak ambil risiko yang boleh sebabkan penularan kes di Melaka,” tegasnya lagi.
Topic Berkaitan
#PRN Melaka
#SOP
#SPR
#Khairy Jamaluddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan