SEREMBAN: Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan mengambil kira musim perayaan dan musim haji pada tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.
Aminuddin berkata beliau akan membawa faktor itu untuk dibincangkan di peringkat Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH).
"Saya mengambil maklum cadangan itu (musim haji) sebagai perhatian... ada dua kemungkinan sama ada sebelum haji atau selepas jemaah balik daripada menunaikan haji," katanya kepada pemberita di Wisma Negeri di sini hari ini.
Negeri Sembilan, Pulau Pinang dan Selangor yang di bawah pentadbiran PH tidak membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) serentak dengan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) pada 19 Nov lepas, dan begitu juga negeri di bawah pentadbiran PAS iaitu Terengganu, Kelantan dan Kedah.
Beberapa media melaporkan PRN di enam negeri berkenaan perlu diadakan awal bagi mengelak daripada bertembung dengan perayaan dan pelaksanaan musim haji, jika diadakan selepas bulan Mac tahun depan.
Tarikh sambutan Aidilfitri tahun depan dijangka pada 22 April bergantung kepada pengumuman Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja manakala Hari Raya Aidiladha pula diunjurkan pada 29 Jun, dengan penerbangan pertama jemaah haji pada 21 Mei tahun depan.
Sementara itu, Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook berkata perbincangan mengenai pelantikan Kabinet di bawah pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di peringkat PH belum dibuat secara menyeluruh.
"Ini kerana Anwar perlu berbincang dengan parti lain seperti Barisan Nasional (BN) dan Gabungan Parti Sarawak (GPS). Setakat ini belum dibincangkan secara terperinci di peringkat PH," katanya.
Anwar mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 24 Nov lepas dan memimpin kerajaan perpaduan yang dianggotai PH yang mempunyai 82 kerusi, BN (30), GPS (23), dan Gabungan Rakyat Sabah (enam) serta parti-parti lain.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Nov 29 2022

Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan mengambil kira musim perayaan dan musim haji pada tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun. - Gambar fail/BERNAMA

RM2.98 juta bagi pembinaan Medan Selera MBSJ SS19
Projek tersebut telah dimulakan sejak 8 Disember lalu dan dijangka siap sepenuhnya menjelang Oktober depan.

Sukan SEA: Pemilihan atlet agak terhad - PABM
Situasi itu berpunca selepas ketiadaan atlet berpotensi dari Terengganu dan Perlis susulan isu doping.

Graduan Berkualiti | IPT, pemain industri perlu bekerjasama
Pihak insitusi pengajian tinggi, IPT dan pemain industri perlu bekerjasama erat dalam melahirkan graduan yang berkualiti tinggi.

Majlis Eropah kritik Denmark kerana beri ruang Paludan lakukan provokasi bakar al-Quran
Ucapan kebencian di Denmark memperoleh manfaat hasil "perlindungan polis" di bawah "nama kebebasan bersuara," menurut laporan terbaharu suruhanjaya anti-perkauman Majlis Eropah ECRI.

AWANI Ringkas: Hujan berterusan tahap buruk di Sarawak sehingga esok

Pantau Kerajaan Baharu: Tingkat kerjasama rentas sempadan tangani jenayah siber
Isu keselamatan rentas sempadan kini bukan sahaja melibatkan di laut, udara mahupun darat. Tapi kini lebih luas merangkumi aspek digital dan siber. Ikuti perkongsian Pengasas Ihsan Digital dan pakar keselamatan siber, Aaron Ikram Mokhtar.

Isu Rusia-Ukraine | Washington jamin tidak hantar jet pejuang F-16 ke Ukraine
Presiden Joe Biden tegaskan Amerika Syarikat tidak akan membekalkan jet pejuang F-16 kepada Ukraine untuk mematahkan pencerobohan Rusia ke atas negara jirannya itu.

Lebih 50,000 kematian akibat COVID-19 direkodkan di Kanada
Menurut Agensi Kesihatan Awam Kanada, virus SARS-CoV-2 masih menular secara meluas di seluruh Kanada.

MetMalaysia | Amaran hujan berterusan di Sarawak, Johor dan Pahang
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) hari ini mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap buruk bagi beberapa kawasan di Sarawak membabitkan Kuching, Serian, Samarahan, Sibu, Mukah dan Kapit (Song dan Kapit) sehingga esok.

Defisit Kepercayaan | IPT perlu ubah struktur pengajaran & pembelajaran
Bagi meningkatkan defisit kepercayaan pelajar ke menara gading, institusi pengajian tinggi perlu berani mengubah struktur pengajaran dan pembelajaran.

PRN N.Sembilan ambil kira musim haji dan perayaan - Aminuddin
Pelaksanaan Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan akan mengambil kira musim perayaan dan musim haji pada tahun depan, kata Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Aminuddin Harun.