Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: 'Saya tidak memenuhi syarat kelayakan jadi MB' - Anthony Loke

 Anthony loke & Aminuddin Harun
Menurut Anthony Loke (kiri), tiada calon lain dari Pakatan Harapan selain Aminuddin bagi mengisi jawatan Menteri Besar Negeri Sembilan.
Advertisement

BAHAU: Pakatan Harapan (PH) hanya mempunyai seorang calon Menteri Besar Negeri Sembilan, iaitu Datuk Seri Aminuddin Harun atau lebih mesra dikenali dengan gelaran Tok Min.

Itu tegas Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke yang berkata, tiada calon lain selain Aminuddin bagi mengisi jawatan tersebut.

Beliau turut menepis sangkaan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki ketika berkempen yang mempersoalkan sekiranya Anthony Loke dicalonkan sebagai Menteri Besar PH sekiranya Aminuddin tewas pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan ke-16.

“Itu adalah cakap-cakap jahat daripada pihak yang melawan kita.

“Calon Menteri Besar untuk Negeri Sembilan amat jelas dalam Undang-Undang Tubuh Negeri, iaitu seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Melayu yang beragama Islam.

“Saya tidak memenuhi syarat kelayakan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas program Lawatan Kerja Projek Siap Bagi Projek Kerja-Kerja Pemulihan, Naik Taraf Landasan Kereta Api Dan Kerja-Kerja Berkaitan Di Antara Gemas, Negeri Sembilan Hingga Stesen Kereta Api Mentakab, Pahang, di sini, hari ini.

Semalam, media melaporkan Asyraf Wajdi mempersoalkan siapakah yang akan dilantik sebagai calon Menteri Besar daripada PH sekiranya Aminuddin tewas dalam pilihan raya negeri kali ini.

Beliau kemudian membangkitkan persoalan sama ada rakyat Negeri Sembilan mahu Anthony Loke menjadi Menteri Besar.

Must Watch Video

Advertisement