Skip to main content

Politik

PRN Negeri Sembilan: Bersama umum tidak bertanding, tumpu PRN Melaka

Logo PARTI BERSAMA MALAYSIA
Bersama berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa isu utama serta kekangan dari segi masa dan sumber.
Advertisement

REMBAU: Parti Bersama Malaysia (Bersama) mengesahkan tidak akan menyertai Pilihan Raya Negeri Sembilan ke-16 (PRN16) bagi memberi sepenuh tumpuan kepada persiapan menghadapi PRN Melaka.

Menerusi kenyataan bersama yang dikeluarkan Datuk Seri Rafizi Ramli, Nik Nazmi Nik Ahmad dan Syukri Razab, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira beberapa isu utama serta kekangan dari segi masa dan sumber.

Menurut kenyataan itu, parti berkenaan berpandangan adalah lebih strategik untuk menumpukan fokus, tenaga dan sumber kepada PRN Melaka.

“Pilihan Raya Negeri Sembilan yang akan bermula dengan penamaan calon pada Sabtu ini (18 Julai) mempunyai beberapa perbezaan ketara berbanding PRN Johor yang lalu.

“Pertama, persaingan antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di Negeri Sembilan adalah lebih sengit, selain mengambil kira kedudukan PH sebagai kerajaan negeri.

“Kedua, keputusan PRN Negeri Sembilan berkemungkinan mempengaruhi isu-isu lain yang turut terheret dalam pertembungan politik semasa, termasuk konflik yang melibatkan takhta Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu turut menyebut, Bersama akan mengadakan mesyuarat persediaan awal PRN Melaka Selasa depan (21 Julai 2026) untuk mengenal pasti kerusi dan mula menyaring calon, agar dapat diumumkan lebih awal.

Pada PRN Johor ke-16 baru-baru ini, Bersama bertanding di 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), sekali gus menjadi penyertaan pertama parti itu dalam pilihan raya negeri sejak ditubuhkan.

Bagaimanapun, kesemua 15 calon Bersama tewas dan gagal memperoleh jumlah undi yang mencukupi untuk mengekalkan deposit pilihan raya.

Must Watch Video

Advertisement