awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Pas yakin menang 45 kerusi Kelantan

Sinar Harian
Sinar Harian
06/01/2023
04:25 MYT
PRN: Pas yakin menang 45 kerusi Kelantan
Mohd Amar mengingatkan UMNO agar lebih berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan DAP. - Fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Pas yakin mampu memenangi kesemua 45 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) yang dijangka diadakan selewat-lewatnya Julai ini.
Naib Presiden Pas, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata, keyakinan itu berlandaskan kemenangan bergaya Pas yang menyapu bersih kesemua 14 kerusi Parlimen dengan majoriti puluhan ribu setiap kerusi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) November lalu.
“Sasaran kita ialah untuk memenangi semua kerusi seperti mana PRU lalu dan kemungkinan mencapai kemenangan itu adalah tinggi.
“PRN nak capai 90 peratus pun boleh. Termasuk kerusi dipegang Barisan Nasional (BN) manakala kerusi-kerusi lain yang sedia disandang akan kekal hak kami,” katanya ketika ditemui pemberita dalam Majlis Penyerahan Kunci Rumah Dhuafa’ dan sumbangan RM60,000 kepada Masjid Al-Alaq di Kampung Pak Kemek di sini pada Jumaat.
Pada PRU14, Pas mempertahankan Kelantan dengan penguasaan di 37 kerusi DUN negeri itu manakala BN menang tujuh (kerusi) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya memenangi satu kerusi.
Dalam perkembangan lain, Mohd Amar yang juga Timbalan Menteri Besar Kelantan turut mengingatkan UMNO agar lebih berhati-hati dalam menjalin kerjasama dengan DAP.
“Pas ada pengalaman dan jelas tidak boleh menerima parti terbabit.
“Kami ingatkan UMNO supaya belajar daripada pengalaman kami. Selepas berkawan baru ada pengalaman. Harap UMNO tidak ulangi kesilapan Pas,” katanya.
Dalam pada itu, ketika ditanya kemungkinan UMNO menjemput DAP bagi menghadiri Perhimpunan Agung UMNO (PAU), beliau berkata, UMNO berhak untuk menjemput sesiapa sahaja untuk menghadiri perhimpunan mereka.
Akhbar sebelum ini melaporkan, Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan parti itu mungkin akan menghantar jemputan kepada setiausaha agung setiap parti gabungan dalam Kerajaan Perpaduan. -- Sinar Harian
Topic Berkaitan
#PRN
#Kelantan
#Mohd Amar Nik Abdullah
#PRU15
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan