ALOR SETAR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam usaha untuk mentadbir negeri itu.
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan pada hujung minggu pertama kempen serta dari segi gerak kerja jentera dan peluang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Kedah.
"Selepas ini, saya akan ke DUN Ayer Hangat dan Kuah di Langkawi memandangkan kedua-dua DUN tidak berada dalam radar potensi kemenangan parti pada awalnya kerana sebelum ini, kita lebih beri tumpuan di Sidam, Bakar Arang, Lunas, Bukit Selambau dan Kulim.
"Tetapi berdasarkan laporan semasa selepas habis minggu pertama berkempen, semua petunjuk memaparkan bahawa dua DUN ini antara yang berpotensi menyumbang kepada kemenangan," katanya kepada pemberita selepas menyantuni peniaga dan masyarakat di sini hari ini.
Kedah memiliki 36 kerusi dengan kedudukan sebelum pembubaran DUN Kedah menyaksikan PN menduduki 20 kerusi (Pas-14, Bersatu-6); PH memiliki 10 kerusi (PKR-5, Amanah-3, DAP-2); BN memenangi dua kerusi (UMNO-2) dan Pejuang (2).
Dua lagi DUN kosong apabila wakil rakyat Gurun daripada PKR iaitu Datuk Johari Abdul mengosongkan kerusinya pada 18 Dis tahun lepas apablia dilantik sebagai Yang Dipertua Dewan Rakyat manakala ADUN Belantek Datuk Mohd Isa Shafie meninggal dunia pada 14 Jun lepas.
Saifuddin Nasution juga berkata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang juga Pengerusi PH, dijangka berada di Kedah untuk kempen finale terakhir sempena PRN pada 11 Ogos ini.
"Semalam, saya telah menghubungi Datuk Seri Anwar dan beliau telah bersetuju untuk masukkan kempen finale akhir PRN di Kedah pada 11 Ogos dalam jadualnya... kita akan berkempen di dua lokasi iaitu di Alor Setar dan Sungai Petani," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Aug 07 2023
Setiausaha Agung PKR Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata keyakinan itu berdasarkan sambutan pada hujung minggu pertama kempen serta dari segi gerak kerja jentera dan peluang untuk menyampaikan mesej kepada rakyat Kedah. - BERNAMA
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
Tanpa DAP, PH-BN mungkin hilang lebih banyak kerusi di Pulau Pinang - Ramasamy
Pencapaian Perikatan Nasional (PN) dalam Pilihan Raya Negeri ke-15 (PRN15) telah menghantar isyarat tidak menyenangkan kepada gabungan Pakatan Harapan (PH) - Barisan Nasional (BN).
[TIDAK RASMI] PRN: PH-BN tubuh kerajaan negeri di Negeri Sembilan
Keputusan tidak rasmi setakat jam 9.30 malam menyaksikan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berjaya membentuk kerajaan negeri di Negeri Sembilan.
PRN: Ramalan berdasarkan kajian Emir Research, keputusan PRN nanti 3-3
Firma penyelidikan Emir Researh dalam kajiannya meramalkan bahawa blok gabungan parti Kerajaan Perpaduan PN - BN serta blok pembangkang Perikatan Nasional, masing-masing menawan 3 negeri dalam PRN.
PRN: PH-BN boleh menang lima negeri - Ahmad Maslan
Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) berpeluang memenangi lima daripada enam negeri dalam Pilihan Raya Negeri (PRN), esok.
PRN: Amirudin yakin PH-BN mampu menang majoriti dua pertiga di Selangor
Amirudin berkata gabungan itu mampu menang 38 hingga 40 kerusi daripada 56 kerusi Dewan DUN yang dipertandingkan, dengan BN dilihat mampu memperoleh lebih daripada enam kerusi.
PRN: PH-BN optimis tawan 19 kerusi DUN Kedah - Saifuddin Nasution
Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) yakin mampu menawan 19 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah pada Pilihan Raya Negeri (PRN) 12 Ogos ini dalam usaha untuk mentadbir negeri itu.
PRN: BN-PH komited realisasikan manifesto di Kelantan - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berharap semua tawaran ini dapat membuka minda pengundi di Kelantan kerana ia turut memberi peluang terbaik kepada mereka.
PRN: Kempen calon 'bulan' dan PH-BN kian rancak di Terengganu
Biarpun gendang Pilihan Raya Negeri (PRN) baru sahaja dipalu dan gelanggang pertarungan dibuka pagi ini namun bahang pilihan raya di Terengganu telah mula dirasai lebih dua minggu yang lalu.
PRN: Status quo dijangka kekal di enam negeri - Penganalisis politik
Penganalisis politik Prof Dr. P. Sivamurugan berkata Perikatan Nasional (PN) pula akan terus mentadbir di Kedah, Kelantan dan Terengganu.
PRN: Agihan kerusi PH-BN hampir selesai, hanya 9 kerusi belum dimuktamad - Asyraf Wajdi
Asyraf Wajdi berkata perbincangan mengenai pembahagian kerusi telahpun selesai di peringkat Jawatankuasa Perundingan BN-PH.