GEORGE TOWN: Pakatan Harapan (PH) menghormati calon-calon yang dikemukakan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri bulan depan, kata Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli.
Rafizi yang juga Menteri Ekonomi berkata kesemua calon telah melalui proses rundingan di peringkat pusat antara PH dan BN sebelum pengumuman calon, dengan parti yang dipilih bertanding di sesuatu kerusi itu mempunyai peluang lebih baik untuk menang.
"Dalam perbincangan bersama parti-parti komponen, tradisinya adalah semua akan hormat kepada calon yang dipilih bertanding dan perkara ini merupakan kekuatan PH dan kini dipanjangkan bersama BN juga," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sesi libat urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 di sini hari ini.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai calon-calon PRN untuk enam negeri yang diumumkan Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi semalam.
BN mempertaruhkan 31 calon di Kelantan, 27 (Terengganu), 17 (Negeri Sembilan), 15 (Kedah), 12 (Selangor) dan enam di Pulau Pinang.
Sementara itu, diminta mengulas mengenai kehadiran bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad di pentas Perikatan Nasional (PN) di Kelantan semalam, Rafizi berkata ia hak masing-masing untuk menjalinkan kerjasama dengan mana-mana pihak.
Beliau berkata PRN ini menjadi medan terbaik untuk semua membandingkan soal dasar, program dan persaingan untuk menyelesaikan masalah negara dan rakyat.
"PRN tidak boleh dan tidak baik kalau dijadikan medan untuk bermain emosi. Jadi saya yakin sebenarnya rakyat boleh menilai, apabila Tun hadir atas pentas PN, Pas atau Bersatu, " katanya.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan PRN di Selangor, Kedah, Pulau Pinang, Kelantan, Terengganu dan Negeri Sembilan diadakan serentak dengan 12 Ogos sebagai hari pengundian, manakala tarikh penamaan calon pada 29 Julai dan pengundian awal 8 Ogos.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 22 2023
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berucap pada Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 Bersama Kerajaan Negeri Pulau Pinang hari ini. - Foto BERNAMA
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
Polis Jerman rampas 4 kereta Bugatti Veyron edisi terhad yang dikaitkan dengan 1MDB
Kenderaan berkenaan dikatakan sebahagian daripada siri "Legenda" khas Bugatti Veyron, dengan hanya 18 daripada supercar tersebut dibina dalam enam spesifikasi.
Gempa kuat 6.5 skala Richter gegar Garut, impak dirasai hingga Jakarta
Badan Meteorologi, Klimatologi dan Geofisika (BMKG) Indonesia merekodkan gempa berkekuatan 6.5 skala Richter pada malam Sabtu.
EPL: Jika saya bercakap akan berlaku pergaduhan - Salah
Salah sangat tegang dengan Klopp ketika dia bersedia untuk masuk sebagai pemain gantian pada minit ke-79.
Rumah Najib boleh jadi penjara - Peguam
Rumah bekas Perdana Menteri itu boleh dijadikan sebagai penjara dan tempat tahanan untuk beliau seperti yang termaktub dalam undang-undang.
Kopi, kanvas seni Tyler Wong
Kopi ialah kanvas untuk Tyler Wong mempamerkan kemahiran dalam mencipta seni latte yang rumit namun indah.
Mayat tanpa identiti ditemukan terapung di Sungai Linggi
Mayat dipercayai seorang lelaki ditemukan terapung di kawasan Sungai Linggi berhampiran Pusat Dakwah Islamiah Paroi, di sini petang Sabtu.
AWANI Ringkas: Lawatan sempena mesyuarat khas WEF
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
UMNO aktifkan 'war room' bantu calon Kerajaan Perpaduan - Ahmad
Ahmad berkata UMNO juga akan melaksanakan kempen bagi membantu calon berkenaan dengan bersungguh-sungguh.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN sokong mana-mana calon daripada Kerajaan Perpaduan
Calon yang dipilih berdasarkan persefahaman bersama dalam kalangan BN, Pakatan Harapan (PH) atau parti-parti komponen yang lain.
PRK Kuala Kubu Baharu: PH akan muktamad calon, bertanding atas nama Kerajaan Perpaduan
Nik Nazmi berkata, keputusan akhir akan dibuat oleh DAP dan akan dibincangkan bersama anggota komponen Kerajaan Perpaduan.
PRK: Ng Sze Han ketuai jentera PH pertahan kerusi Kuala Kubu Baharu
Setiausaha DAP Selangor Ng Sze Han dilantik sebagai Pengarah Pilihan Raya Pakatan Harapan (PH) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
PH bermesyuarat esok muktamadkan calon PRK Kuala Kubu Baharu
Kepimpinan tertinggi Pakatan Harapan (PH) akan bermesyuarat esok untuk memuktamadkan pemilihan calon yang mewakili gabungan itu pada PRK Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Wanita DAP punyai beberapa calon layak untuk diketengahkan
Wanita DAP mempunyai beberapa nama untuk diketengahkan sebagai calon mewakili Pakatan Harapan (PH), pada PRK Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu, Selangor, 11 Mei ini.
Amirudin beri bayangan calon DAP wakili PH di PRK Kuala Kubu Baharu
PH akan mengekalkan formula sedia ada, iaitu kekal dengan calon DAP untuk mempertahankan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu.
PH belum bincang kekosongan kerusi DUN Kuala Kubu Baharu - Saifuddin
Saifuddin Nasution berkata, keluarga mendiang Kee Hiong juga perlu diberikan ruang untuk berkabung selepas pemergiannya.
Muhyiddin label kerajaan PH-BN ‘desperado’
Ahli Parlimen Pagoh itu turut mencabar kerajaan isytiharkan enam kerusi Parlimen dan satu kerusi Dewan Undangan Negeri Selangor dikosongkan.
Terjemah kerjasama GRS-PH di peringkat akar umbi menjelang PRN Sabah - UPKO
Kerjasama Gabungan Rakyat Sabah dan Pakatan Harapan perlu diterjemah di peringkat akar umbi menjelang Pilihan Raya Negeri akan datang.