GOMBAK: Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan Pakatan Harapan (PH) memperlihatkan keikhlasan kepada Barisan Nasional (BN) di bawah Kerajaan Perpaduan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.

Ujarnya, BN diberi 108 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di bawah Kerajaan Perpaduan meskipun BN menyandang 38 kerusi DUN.

"BN bertanding di 108 kerusi DUN, dulu kerusi penyandang tidak lebih 38 kerusi DUN, kita bertanding 108 kerusi ertinya PH memberikan peluang kepada BN untuk PRN kali ini.

"PH telah memperlihatkan keikhlasan kepada BN. Oleh sebab itu menjadi tanggungjawab BN untuk membalas keikhlasan ini dengan memberikan sokongan kepada semua calon-calon PH," katanya.

Tambah Ahmad Zahid, gelombang merah dan biru di bawah Kerajaan Perpaduan dijangka dapat membawa kepada kemenangan pada 12 Ogos depan.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah Grand Finale Kita Selangor di Keramat pada Khamis.

"Kita tahu kita diserang, diterjah pelbagai fitnah, tetapi saya yakin apabila merah dan biru bercantum dengan penuh keserasian Insya-Allah.

"Saya telah memberitahu semua jentera BN, kita wajib tolong calon PH di Selangor ini," katanya lagi.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam ceramah Grand Finale Kita Selangor di Keramat pada Khamis.