awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Rafizi yakin keputusan kerjasama PH, BN dimuktamadkan dalam masa terdekat

Fareez Azman
Fareez Azman
15/01/2023
15:56 MYT
PRN: Rafizi yakin keputusan kerjasama PH, BN dimuktamadkan dalam masa terdekat
Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yakin rundingan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat. - Gambar fail/BERNAMA
SEREMBAN: Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli yakin rundingan kerjasama di antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Bagaimanapun ujarnya, pandangan pelbagai pihak perlu diperhalusi terlebih dahulu sebelum keputusan dicapai di antara dua gabungan politik itu.
"Ada proses-proses di peringkat gabungan yang kita kena lalui, kerana UMNO dan BN akan melalui prosesnya, ia lebih mudah peringkat PH, kerjasama antara PH.
"Insya-Allah saya yakin bahawa dalam tempoh terdekat, bulan Februari dan Mac, banyak keputusan akan menjadi parameter memperhalusi bentuk kerjasma di antara BN dan PH dalam menghadapi PRN," katanya.
Sekiranya perkara itu dapat diselesaikan segera, tambah Rafizi, ia memudahkan perbincangan dan persediaan diadakan antara dua parti itu dalam kerjasama yang terjalin.
"Ini akan dimuktamadkan termasuk soal masa pandangan pimpinan PH dan BN. Kalau sudah dimuktamadkan sudah tentu keputusan untuk membubarkan DUN itu keputusan MB.
"Tapi amalan pimpinan peringkat parti kalau ada kerjasama BN, maklum blaas BN itu akan diambil kira MB.
"Parti akan beri pandangan, saya harap proses itu akan berjalan dalam masa terdekat, kita berharap berjalan baik dalam masa terdekat," katanya lagi.
Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas melancarkan Konvensyen Pilihan Raya PKR Negeri Sembilan di Seremban pada malam Ahad.
Turut hadir, Menteri Besar yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun.
Topic Berkaitan
#PRN
#pilihan raya negeri
#Rafizi Ramli
#kerjasama PH BN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan