awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN: Rundingan kerusi lancar, beberapa negeri capai tahap 90 peratus - Saifuddin

Bernama
Bernama
12/05/2023
16:42 MYT
PRN: Rundingan kerusi lancar, beberapa negeri capai tahap 90 peratus - Saifuddin
Proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. - Gambar fail/BERNAMA
KOTA BHARU: Proses rundingan kerusi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri berjalan lancar setakat ini, kata Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau berkata terdapat beberapa negeri yang sudah pun mencapai sehingga 90 peratus rundingan dan dijangka selesai sedikit masa lagi.
"Minggu lepas kita ada mesyuarat dihadiri pimpinan utama parti dan mendengar segala persiapan dan status agihan kerusi...pada pertengahan bulan ini, pimpinan pusat akan meneliti senarai (calon) dan akan memulangkan semula kepada pihak negeri, saya optimis segalanya mampu diselesaikan sebelum pengumuman pembubaran (Dewan Undangan Negeri).
"Mana-mana parti (dalam Kerajaan Perpaduan) yang sudah ada penyandangnya di sesuatu kawasan, parti lain tidak akan bertanding, kawasan yang akan ditandingi adalah kawasan yang dimenangi Pas atau Bersatu," katanya.
Saifuddin, yang juga Menteri Dalam Negeri, berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Program Jelajah Ikon Madani dan Sesi Motivasi Bersama Tokoh Besar di Universiti Malaysia Kelantan, di sini, hari ini.
Hadir sama, Ketua Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM), Prof Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Prihatin Nasional (Prihatin), Datuk Aizuddin Ghazali dan Ikon Madani, usahawan selebriti, Zoey Rahman.
Enam negeri yang akan menghadapi PRN ialah Kelantan, Terengganu, Kedah, Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN
#rundingan kerusi
#pilihan raya negeri
#Saifuddin Nasution Ismail
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan