awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: 20 jam berlalu, siapa Ketua Menteri Sabah baharu?

Astro Awani
Astro Awani
27/09/2020
13:57 MYT
PRN Sabah: 20 jam berlalu, siapa Ketua Menteri Sabah baharu?
Tinjauan Astro AWANI sejak dari pagi sehingga artikel ini ditulis - individu terakhir yang meninggalkan Istana Negeri ialah Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh sekitar pukul 5.20 petang tadi.
Selepas lebih 20 jam keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah secara rasmi diketahui, teka-teki siapa Ketua Menteri Sabah yang baharu masih belum terjawab.
Pemimpin-pemimpin parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) sudah pun menghadap Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, pada Ahad.
Tinjauan Astro AWANI sejak dari pagi sehingga artikel ini ditulis - individu terakhir yang meninggalkan Istana Negeri ialah Peguam Besar Negeri, Brenndon Keith Soh sekitar pukul 5.20 petang tadi.
Bagaimanapun, Brenndon enggan mendedahkan intipati pertemuan beliau dengan Tun Juhar.
Situasi menjadi semakin mendebarkan selepas Datuk Seri Bung Moktar Radin dan rombongan GRS iaitu Datuk Seri Hajiji Noor; Datuk Dr Jeffrey Kitingan dan Datuk Jahid Jahim sebelum itu memaklumkan Tun Juhar meminta tempoh untuk membuat keputusan.
Persoalannya, sampai bila rakyat Sabah perlu menunggu?
Di atas kertas, kemenangan 38 kerusi oleh GRS - Perikatan Nasional (PN) sebanyak 17 kerusi; Barisan Nasional (BN) (14); serta Parti Bersatu Sabah (PBS) (tujuh) memberi majoriti mudah untuk gabungan tersebut membentuk kerajaan baharu.
Kalau isu ‘kesepakatan’ GRS menjadi persoalan pokok - pastinya perkara itu sudah diperjelaskan oleh Hajiji kepada pemberita hari ini bahawa keputusan telah pun dibuat.
Ia sekali gus mengukuhkan andaian pemerhati politik dan rakyat bahawa gabungan tersebut sudah pun memutuskan siapa yang mahu diangkat sebagai Ketua Menteri Sabah yang baharu.
Selepas berdepan polemik dan pergolakan politik hampir sebulan - 27 September sepatutnya menjadi hari yang indah buat rakyat Sabah.
Namun, hari ini mereka bangun pagi dengan perasaan ‘terpinga-pinga’, sehingga saat ini.
Pasti, di pelosok kampung dan kedai kopi, topik ini hangat diperkatakan oleh mereka!
Jadi, adakah esok rakyat Sabah akan boleh menatap wajah Ketua Menteri baharu mereka di kaca televisyen dan media sosial?
Sama-sama kita tunggu...
Topic Berkaitan
#Astro Awani
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#Ketua Menteri Sabah
#Gabungan Rakyat Sabah
#GRS
#tun juhar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan