POLITIK
PRN Sabah: BN fokus kerusi berpotensi menang, tak bertanding di semua 73 DUN - Zahid

Ahmad Zahid (depan, empat, kanan) melancarkan Skuad Sukarelawan BN Negeri Sabah di Menara UMNO, di sini, pada Sabtu. - Gambar/ Astro AWANI
KOTA KINABALU: Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak akan bertanding di kesemua 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17), sebaliknya hanya akan meletakkan calon di kawasan yang berpotensi menang.
Ringkasan AI
- Barisan Nasional (BN) mengesahkan tidak akan bertanding di semua 73 kerusi DUN pada PRN Sabah ke-17, sebaliknya hanya meletakkan calon di kawasan yang berpotensi menang bagi memastikan strategi lebih berfokus dan berkesan.
- BN optimis mampu melepasi pencapaian 14 kerusi yang dimenangi pada PRN Sabah sebelum ini, dengan sasaran untuk menambah bilangan kerusi di kawasan baharu yang dianggap mempunyai peluang kemenangan tinggi.
- Pendekatan ini diambil bagi memastikan BN dapat memaksimumkan peluang kemenangan dan mengukuhkan kedudukan dalam DUN Sabah pada pilihan raya akan datang.
“Apa yang penting, kerusi-kerusi ini adalah kerusi-kerusi yang kebolehmenangannya tinggi,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas melancarkan Skuad Sukarelawan BN Negeri Sabah di Menara UMNO, di sini, pada Sabtu.
Beliau pada masa sama optimis BN mampu melepasi pencapaian 14 kerusi yang dimenangi pada PRN Sabah sebelum ini.
“Ya pasti, kerana dulu kita memenangi 14 kerusi dan (kali ini) pasti lebih daripada 14. Jadi selain daripada 14 kerusi yang ada, tetapi enam daripada yang melompat, jadi atas daripada 14 itu adalah kerusi-kerusi di kawasan-kawasan DUN yang kita anggap baharu.
“Namun kita yakin kebanyakannya akan memihak kepada Barisan Nasional,” jelasnya.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami