awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
Lee Chong Wei terbuka sambut Misbun Sidek dalam kem kebangsaan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Calon tempatan, berwibawa fokus setiap parti bertanding

Assim Hassan
Assim Hassan
03/09/2020
04:23 MYT
PRN Sabah: Calon tempatan, berwibawa fokus setiap parti bertanding
Calon dan situasi tempatan merupakan perkara diambil kira setiap parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 nanti.
Calon dan situasi tempatan merupakan perkara diambil kira setiap parti yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-16 nanti.
Malah Penganalisis Politik Universiti Malaysia Sabah (UMS), Dr Zaini Othman berpandangan, atas sebab itu, setiap parti sedang berhati-hati melakukan penyaringan agar memenuhi kriteria tempatan tersebut sekali gus seorang calon yang berwibawa dan boleh menang.
"Jadi isu di sini ialah isu menonjolkan calon yang berwibawa dan bersifat tempatan. Ini kerana situasi berlakunya PRN Sabah adalah disebabkan oleh ketidakwibawaan wakil-wakil rakyat yang akhirnya menyebabkan berlakunya PRN itu sendiri.
"Setiap parti pada masa ini sangat berhati-hari memilih calon yang mampu memberikan keputusan yang memihak kepada parti masing-masing. Sudah pasti saringan sangat ketat dilakukan oleh pimpinan parti," katanya kepada Astro AWANI pada Khamis.
Dr Zaini turut berpandangan, pada masa sekarang setiap parti berdepan dengan keadaan sukar yang mana ramai dalam kalangan ahli parti mahu mencalonkan diri masing-masing memandangkan PRN Sabah ini mereka sifatkan sebagai masa untuk menjadi wakil rakyat.
Justeru katanya, setiap pucuk pimpinan parti akan melakukan satu saringan menyeluruh dan penilaian saintifik ke atas calon-calon tersebut.
Ditanya sama ada pengumuman calon itu terlalu lewat untuk berdepan dengan PRN Sabah, Dr Zaini menjelaskan ia adalah sama seperti Pilihan Raya Umum Ke-14 iaitu pengumuman calon dibuat pada saat-saat akhir sebelum penamaan calon
"Saya menjangkakan bahawa parti-parti yang bertanding akan mengumumkan senarai calon pada minggu depan atau mungkin dua hingga tiga hari sebelum hari penamaan calon.
"Ini disebabkan saringan calon yang benar-benar layak dan berwibawa dititik-beratkan setiap parti," katanya.
Selain itu, Dr Zaini turut menjangkakan peratusan keluar mengundi pada PRN Sabah kali ini sekitar 60 hingga 70 peratus.
Perkara ini katanya didorong soal keselamatan akibat pandemik COVID-19 dan kumpulan pengundi yang muak untuk keluar mengundi.
"Ini hanya jangkaan saya sahaja. Mungkin juga ia berubah kepada satu jumlah keluar mengundi yang tinggi apabila masyarakat atau pengundi itu merasakan inilah masanya untuk menunjukkan sokongan mereka," katanya.
Topic Berkaitan
#Bung Moktar
#calon tempatan
#calon wibawa
#Dr Zaini Othman
#isu tempatan
#Penganalisis Politik Sabah
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan