awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kes kartel tipuan bida: Enam perusahaan berdepan penalti kewangan - MyCC
Ayam Belanda halal dari Rusia selamat, berkualiti - Mohamad
Banci: Guna tenaga sektor pertanian cecah 1.7 juta, jana pendapatan RM186.4 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: "Di mana janji mu, Shafie?" - Muhyiddin

Assim Hassan, Hasimi Muhamad
Assim Hassan, Hasimi Muhamad
25/09/2020
08:21 MYT
PRN Sabah: "Di mana janji mu, Shafie?" - Muhyiddin
Muhyiddin Yassin berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, Tamparuli pada Jumaat. - Gambar Astro AWANI
Tan Sri Muhyiddin Yassin mendedahkan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal telah memungkiri janji untuk bersama-sama beliau pada saat susah dan senang.
Perdana Menteri berkata, Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu, sebaliknya, memilih untuk membawa haluan sendiri ketika beliau memerlukan sokongan.
Menyifatkan Mohd Shafie sebagai kawan, Muhyiddin, bagaimanapun berkata, beliau menghormati keputusan Shafie, ketika itu.
“Bila sampai ke saat-saat paling kritikal, sebelum itu dia (Shafie) datang ke rumah saya, berpeluk-peluk waktu itu belum ada COVID-19 lagi, dia peluk saya, saya peluk dia.
“Kita sehaluan, kita sahabat, macam lagi yang cakap dengan dia: ‘Alhamdulillah, jangan susah brother, jangan susah brother’.
“(Tetapi) apabila saat saya memerlukan sokongan, dia kata dia tidak mahu sokong saya. Dia ikut haluan dia sendiri, dan tidak bersama dengan Perikatan Nasional (PN). Where is your promise, brother Shafie Apdal?
“Tak apa, anda sudah memungkiri janji kerana itu adalah hak anda, anda pilih begitu,” katanya ketika berucap di Majlis Ramah Mesra Bersama Perdana Menteri di Pusat Daerah Mengundi (PDM) Sawah, di sini pada Jumaat.
Turut hadir sama calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sulaman, Datuk Seri Hajiji Noor dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
Mengulas lanjut, Muhyiddin mengakui, keadaan akan lebih baik sekiranya Warisan memberikan sokongan kepada PN.
Bagaimanapun, katanya, keputusan kini terletak di tangan pengundi untuk memilih kepimpinan baharu, sekali gus bersama-sama kerajaan Persekutuan membangunkan negeri Sabah.
“Tetapi sekarang ini bagaimana, berhadapan dengan pilihan raya, kenapa kita tak perbetulkan?
“Yang nak diperbetulkan siapa, kamu (pengundi) yang betulkan. Ini saja harapan yang ada pengundian harus betulkan haluan yang telah dibawa oleh Shafie dan berikan kepada PN,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#Bersatu
#Mohd Shafie Apdal
#Muhyiddin Yassin
#Perikatan Nasional
#pilihan raya
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#Sabah
#Sabah Memilih
#Warisan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan