Bekas Ketua Menteri Tan Sri Musa Aman akhirnya membuka mulut hari ini apabila menggesa Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) Datuk Seri Mohd Shafie Apdal supaya berhenti menabur fitnah dan dendamnya semasa kempen pilihan raya negeri Sabah kali ini.
Musa berkata beliau tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah pada 26 Sept ini sekali gus bukan lagi menjadi saingan Mohd Shafie.
"Kita melihat banyak video dan papan iklan memaparkan wajah Shafie dengan cogan kata 'membina negara', 'marilah kita bersama membina satu negara, tanpa mengira bangsa dan agama' dan 'perpaduan', tetapi ucapan kempennya dipenuhi dengan 'hentam Musa Aman!'
"Saya memahami perlunya beliau membuat ucapan politik yang berapi-api sepanjang berkempen, namun adalah memalukan bagi seorang pemimpin negeri berulang kali menyebarkan pembohongan dan tidak sepatutnya dilakukan oleh seorang individu yang bercita-cita menjadi Perdana Menteri," katanya menerusi kenyataan di sini malam ini.
Musa berkata sebelum ini, beliau telah memfailkan saman RM1 bilion terhadap Yayasan Sabah termasuk Mohd Shafie kerana memfitnah.
"Saya tidak mempunyai pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang kerana beliau tidak menghentikan pembohongan dan terus mencabar saya," katanya.
Musa berkata beliau berasa terpanggil untuk membuat kenyataan itu bagi menjelaskan keadaan dan membersihkan namanya daripada tuduhan yang dilemparkan oleh Mohd Shafie.
"Kebelakangan ini, beliau membuat pelbagai fitnah, termasuk menuduh saya meluluskan kontrak Yayasan Sabah kepada beberapa individu tertentu. Saya menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan fitnah ini adalah percubaan memburukkan reputasi saya dan sekadar memenuhi agenda jahat," katanya.
Awalnya, Musa berkata Mohd Shafie menuduhnya terbabit dengan kehilangan tanah seluas antara 600,000 hingga 700,000 hektar milik Yayasan Sabah dan kononnya beliau (Musa) meluluskan ribuan ekar tanah kepada beberapa individu tertentu.
"Sebagai Pengerusi Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Sabah, (Mohd Shafie) sepatutnya tahu konsesi kawasan tanah yang dipegang Yayasan Sabah berada di bawah satu lesen dan adalah mustahil bagi kawasan seluas itu hilang atau diberi kepada mana-mana pihak," katanya.
Musa berkata tanah di bawah Yayasan Sabah dilindungi Enakmen Yayasan Sabah 1966 dan hak kekal, maka ia hanya boleh dikeluarkan untuk kegunaan kerajaan dan bagi tujuan konservasi seperti Lembah Danum, Imbak Canyon, Maliau Basin, Hutan Simpan Nurod-Urod, Sapulot dan sebagainya.
Bernama
Wed Sep 16 2020

Musa berkata beliau tidak bertanding pada PRN Sabah kali ini sekali gus bukan lagi menjadi saingan Shafie. - Gambar fail

Lima bandar raya utama di Malaysia mengalami peningkatan suhu
Kajian menilai taburan suhu yang dijalankan oleh sebuah organisasi regenerasi bandar yang berorientasi masyarakat, Think City mendapati lima bandar raya utama di Malaysia merekodkan peningkatan suhu yang ketara sejak satu dekad yang lalu.

Gara-gara geram sampah dibuang sembarangan, tukang sapu di Paris jadi selebriti TikTok
Semuanya bermula apabila Ludovic Franceschet kecewa dengan sikap orang yang membuang sampah merata-rata.

Mahu selamatkan UMNO? Ketepikan pemimpin ada dakwaan mahkamah - Musa Hitam
Kesemua pemimpin UMNO yang sedang menghadapi pendakwaan di mahkamah harus diketepikan sehinggalah membuktikan mereka tidak bersalah, kata Musa Hitam.

Vaksin COVID-19 | Tun M dan Tun Siti Hasmah terima suntikan vaksin COVID-19
Bekas Perdana Menteri yang juga Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr Mahathir Mohamad bersama isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebentar tadi selesai menerima suntikan vaksin COVID-19, di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Kompleks Sukan Langkawi. Menurut Menteri Penyeleras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, Dr Mahathir menjadi individu paling tua di negara ini yang menerima suntikan vaksin berkenaan setakat ini.

Lelaki hilang ketika menjala ditemui mati dipercayai diserang buaya
Terdapat kesan kecederaan yang sinonim serangan haiwan buas pada bahu, telinga dan kaki mangsa

COVID-19: JPBB Sibu perinci langkah bendung penularan jangkitan
Jawatankuasa Pengurusan Bencana Bahagian (JPBB) Sibu akan memperincikan langkah terbaik bagi mengawal penularan COVID-19 di Rumah Panjang Berendam, Durin, Sibu.

UFC 259: Blachowicz pertahan kejuaraan, Adesanya gagal percubaan jadi 'champ champ'
Juara middleweight UFC Israel Adesanya gagal dalam percubaannya untuk menjadi juara dua divisyen selepas tewas di tangan Jan Blachowicz, dalam aksi UFC 259 pada Ahad.

MH370: Genap tujuh tahun tragedi berlalu
Kehilangan pesawat Malaysia Airlines MH370 pada 8 Mac 2014 akan sentiasa terpahat dalam fikiran rakyat Malaysia.

AWANI Ringkas: Mayat remaja ditemui selepas 40 jam hilang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kiri kanan musuh menyerang, tetapi pemimpin UMNO degil, tidak akan mengalah - Zahid Hamidi
Kata Presiden UMNO, usaha untuk menjatuhkan parti itu secara keseluruhan telah bermula sejak dua tahun lepas, namun, masih tidak berjaya.

Kes saman selesai, Jamal Yunos mohon maaf kepada Yeo
Membacakan kenyataan maaf itu di perkarangan Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jamal berkata beliau memohon maaf kerana memfitnah Yeo sebelum ini.

Mahkamah Persekutuan putus Nurul Izzah, PKR tidak fitnah NFCorp
Mahkamah turut mengarahkan NFCorp dan Mohamad Salleh membayar kos sebanyak RM50,000.

Muhyiddin fail saman fitnah terhadap Puad Zarkashi
Tuntutan itu dibuat susulan kenyataan Mohd Puad dalam laman Facebook beliau pada 9 Februari lepas yang bertajuk "Kuarantin Pun Ada Dua Darjat".

Kerajaan Kelantan nafi potong barisan untuk dapatkan suntikan vaksin COVID-19
Dr Izani Husin memaklumkan sekeras-kerasnya bahawa penyebaran berkenaan bersifat fitnah, berniat jahat dan satu pembohongan.

Lim Guan Eng menang rayuan berhubung ganti rugi kes saman terhadap Perkasa
Mahkamah membenarkan kos RM50,000 diberikan kepada Lim, yang merupakan Setiausaha Agung DAP dan juga bekas Menteri Kewangan.

Rakyat diseru tolak politik kebencian, fitnah - Ismail Sabri
Beliau berkata Melayu Bumiputera harus bersatu dalam menghadapi dunia politik yang semakin mencabar menjelang Pilihan Raya Umum ke-15.

Nik Abduh nafi terlibat Geng Ustaz
Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Nik Mohamed Abduh Nik Abdul Aziz menafikan dirinya dikaitkan dengan kumpulan ustaz atau Geng Ustaz.

Janna Nick buat laporan polis terhadap netizen yang cetus provokasi
Peminat K-Pop kembali menyerang pelakon tersebut kerana didakwa mempersenda nama seorang bintang Korea dalam telefilem arahannya.

Awas! Pihak jadikan media sebagai senjata serang Islam - Hadi
Platform media sosial ketika ini digunakan bagi sesetengah pihak sebagai medium untuk dijadikan sebagai senjata halus untuk menyerang agama Islam.

Mujahid berjaya batal saman fitnah Kamarul Zaman
Datuk Seri Mujahid Yusof Rawa hari ini berjaya membatalkan saman fitnah difailkan bekas Pengarah Institut Kajian Politik Malaysia Universiti Utara Malaysia (UUM) Kamarul Zaman Yusoff.