POLITIK
PRN Sabah: Parti Impian Sabah, miliki 'impian besar'
Parti Impian Sabah mengumumkan manifesto mereka, dan mendedahkan sudah memuktamadkan 70 kerusi untuk PRN-17. - Foto Astro AWANI
PARTI Impian Sabah menjadi parti pertama yang mengumumkan manifesto menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, di sebalik banyak 'parti jerung' masih belum memuktamadkan agihan kerusi mereka.
Walaupun baru dua tahun bertapak di Negeri Bawah Bayu, tetapi Parti Impian Sabah seperti nama mereka, memiliki 'impian' yang cukup besar.
Matlamat parti yang dipimpin oleh Michel Alok ini hanya satu - iaitu menang dua pertiga pada PRN akan datang.
Ketika melancarkan manifesto malam tadi, Michel berulang kali menekankan bahawa Parti Impian Sabah adalah 'lain daripada parti yang ada.'
Dengan menawarkan budaya politik baharu dan calon-calon yang bukan ‘recycled’, Michel mahu mengangkat Parti Impian Sabah sebagai satu kuasa politik alternatif yang serius dan bersedia mentadbir.
Namun, adakah parti ‘setahun jagung’ ini benar-benar mampu mengejutkan gergasi politik Sabah?
Atau sekadar mencetuskan gelombang baharu yang belum cukup kuat untuk mengubah arus?
Penulis dalam sidang media bertanyakan, bagaimana Parti Impian Sabah begitu yakin boleh diberikan mandat untuk mentadbir negeri ini - yang diketahui umum memiliki landskap politik yang cukup menarik.
Namun, Michel meletakkan keyakinan yang 'cukup tinggi' untuk parti itu menang pada PRN-17, dengan menyasarkan kemenangan dua pertiga.
Keyakinan itu, kata beliau, berasaskan maklum balas positif rakyat Sabah yang mahukan satu gelombang perubahan politik melalui parti baharu yang bersih dan bebas daripada budaya politik lama.
"Sasaran kita adalah dua pertiga. Keyakinan ini datang kerana di mana sahaja saya turun padang, rakyat menyuarakan hasrat yang sama. Mereka mahu perubahan, mereka mahu parti baharu, pemimpin baharu, pemimpin bersih yang bukan 'recycle'," jelasnya.
Kenyataan Parti Impian Sabah ini selari dengan pendirian parti-parti lain, yang juga percaya mereka boleh diberikan mandat untuk membentuk kerajaan baharu selepas PRN-17.
Cuma, bagaimana 'ramuan' untuk memenangi hati rakyat - mungkin itu kunci yang membezakan pendirian setiap parti untuk menjadikan ia realiti, dan sekadar retorik politik setiap kali pilihan raya.
Paling menarik pengumuman manifesto malam tadi, Michel mendedahkan bahawa beliau telah mengadakan pertemuan dengan empat presiden parti tempatan sebagai langkah awal untuk merintis kerjasama dalam merealisasikan impian rakyat.
Bagaimanapun, beliau enggan menamakan individu atau parti yang terlibat.
"Saya berjumpa mereka dan saya nyatakan, selepas pilihan raya selesai, kita harus duduk semeja dan bekerjasama demi merealisasikan impian rakyat Sabah," katanya.
Ditanya apakah pertemuan tersebut bagi membentuk kerjasama politik, Michel menegaskan partinya
akan tetap bergerak secara solo dalam PRN kali ini, tanpa sebarang pakatan bersama mana-mana parti lain.
"Kita sudah tekankan sejak awal lagi, tiada kerjasama menjelang PRN.
"Tetapi sekiranya kami diberi mandat menjadi kerajaan, saya sendiri akan mengambil inisiatif menjemput semua presiden parti tempatan untuk berbincang dan menjalin kerjasama," katanya.
Tetapi kenapa perlu kerjasama untuk 'merealisasikan impian rakyat', kalau sudah ada mandat membentuk kerajaan kelak?
Jawab beliau mudah, "setiap pemimpin parti tempatan memiliki kepakaran dan pengalaman tersendiri yang wajar dimanfaatkan demi kestabilan dan kemajuan negeri".
Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) sebelum ini menyatakan kesediaan untuk bekerjasama dengan mana-mana parti lokal, demi membentuk kesatuan politik yang kukuh di negeri itu.
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang dipimpin Datuk Seri Hajiji Noor seperti diketahui umum komited mengekalkan kerjasama dan hubungan dengan Pakatan Harapan (PH) - sebuah parti yang sinonim di Semenanjung.
Barisan Nasional (BN) pula setakat ini tidak akan bersama GRS dalam menghadapi 'medan perang' PRN-17, tetapi mesra PH.
Parti Warisan (Warisan) yang dipimpin Datuk Seri Mohd Shafie Apdal juga kekal bergerak solo, dan menegaskan kerjasama mereka hanya dengan rakyat Sabah.
Parti Kesejahteraan Demokratik Malaysia (KDM) tidak dilupakan. Berusia kurang tiga tahun, tetapi agenda mereka besar - "Mari Kita Bersatu".
Ini baru beberapa nama parti di Sabah, yang mungkin salah satunya itu antara yang ditemui oleh Michel?
Apa pun jawapannya, satu perkara pasti – politik Sabah kini semakin menarik untuk diperhati. Masih awal lagi. Kerana ada yang berkata, "pilihan raya sebenar adalah selepas 'pilihan raya'".