awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tender perolehan: Empat pegawai kanan ATM antara 23 individu ditahan SPRM - Azam Baki
'Bulan jatuh ke riba', penduduk Kampung Bukit Sapi kini rasai perubahan besar
Selepas dua tahun tersingkir, KJ sebak dapat kembali semula ke Perhimpunan Agung UMNO
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Parti Impian Sabah sudah muktamad 70 kerusi, tidak tampil calon 'kitar semula'

Hasimi Muhamad
Hasimi Muhamad
11/10/2025
23:00 MYT
PRN Sabah: Parti Impian Sabah sudah muktamad 70 kerusi, tidak tampil calon 'kitar semula'
Menurut Michel, komposisi calon yang diketengahkan adalah pelbagai, melibatkan kira-kira 10 hingga 20 peratus golongan muda termasuk beliawanis. - Foto Astro AWANI/Nasruddin Samad
PENAMPANG: Parti Impian Sabah (PIS) telah memuktamadkan hampir 100 peratus calon yang akan ditampilkan dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-17, dengan hanya tiga kerusi lagi masih dalam proses akhir pemilihan.
Presidennya, Michel Alok berkata, setakat ini sebanyak 70 calon telah dikenal pasti dan bersedia bertanding, manakala baki tiga calon akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.
Katanya, calon yang ditampilkan mewakili 11 etnik di Sabah termasuk Suluk, Sungai dan Brunei.
“Yang penting satu perkara, semua calon PIS tidak ada yang ‘kitar semula’ dan bekas Yang Berhormat.
“Semuanya belum lagi pernah menjadi wakil rakyat,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Pelancaran Manifesto Umum sempena PRN-17, di sini, malam tadi.
Menurut beliau, komposisi calon yang diketengahkan adalah pelbagai, melibatkan kira-kira 10 hingga 20 peratus golongan muda termasuk beliawanis.
Selain itu, Michel berkata, PIS turut memberi ruang kepada calon pertengahan dan berumur sebagai usaha mewujudkan keseimbangan, sekali gus memenangi hati para pengundi.
Mengenai manifesto pula, beliau menegaskan ia adalah realistik, praktikal serta mampu dilaksanakan sepenuhnya, jika mereka diberikan mandat untuk membentuk Kerajaan Negeri.
Katanya, manifesto yang dilancarkan bertemakan 'Perjuangan memastikan kekayaan sumber asli di Sabah akan dinikmati oleh setiap lapisan rakyat'.
Ujar beliau, manifesto yang memfokuskan 14 teras itu telah melalui kajian terperinci, dan bukan sekadar retorik politik yang dipetik “dari bulan dan bintang”.
"Semua manifesto ini di bawah bidang Kerajaan Negeri Sabah, yang tidak melibatkan Kerajaan Persekutuan.
"Kita laksanakan kerana ini di bawah bidang Kerajaan Negeri Sabah dan saya yakin kita boleh laksanakan. Di samping itu, kos pelaksanaan manifesti ini tidak begitu tinggi dan boleh dilaksanakan mengikut kemampuan pendapatan Kerajaan Negeri," jelasnya.
Manifesto tersebut meliputi Memperkasa Ekonomi Rakyat; Perundangan/Perlembagaan Wilayah Sabah dan Persekutuan; Pendidikan dan Kemahiran; Keselamatan; Pembangunan Infrastruktur dan Kemudahan Awam; Memelihara Khazanah Alam Semula Jadi dan Sumber Asli; serta Belia dan Wanita.
Tujuh lagi meliputi Kebajikan, Kesihatan dan Kesejahteraan Rakyat; Memperkasa Ekonomi, Perpaduan dan Keharmonian Kaum dan Budaya; Memperkasa Mutu Perkhidmatan Pentadbiran Kerajaan di Peringkat Wilayah Sabah, Daerah dan Kampung; Pengurusan Tanah; Menambah Pendapatan Kerajaan Wilayah Sabah; Pembangunan Perumahan; serta Industri Pelancongan.
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Parti Impian Sabah
#Manifesto Parti Impian Sabah
#Politik Sabah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan