Kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag menyaksikan pertandingan lima penjuru antara calon Barisan Nasional (BN), Parti Cinta Sabah (PCS), Parti Warisan Sabah, Parti Perpaduan Rakyat Sabah dan Bebas.

Pegawai Pengurus Pilihan raya, Suhaimi Ejip mengumumkan senarai calon yang bertanding pada jam 10.55 pagi, selepas proses penamaan calon di Dewan Sri Lamag, Majlis Daerah Kinabatangan, di sini, ditutup pada jam 10 pagi.

"Kita menyemak kertas-kertas penamaan berkenaan dan setelah selesai disemak, saya berpuas hati dan memutuskan tiada calon yang ditolak pencalonan," katanya di sini, hari ini.

Calon BN diwakili Datuk Seri Bung Moktar Radin; Razman Mayah (PCS); Mohd Ismail Ayob (WARISAN); Mohd Al Ruzainie Abd Rahman (PPRS) dan calon bebas, Junny @ Karuak Abdullah.

DUN Lamag antara 13 DUN baharu dan mempunyai 8,159 pengundi berdaftar.