awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
'Kembalilah...' - Zahid zahir kesudian UMNO sambut kembali mereka yang tidak lagi bersama parti
Kekok, skeptikal bersama seteru politik, namun UMNO perlu terus matang - Zahid
Motif kes bunuh di Sri Aman masih dalam siasatan - Polis
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: PH umum calon awal November

Bernama
Bernama
16/10/2025
14:25 MYT
PRN Sabah: PH umum calon awal November
Mustapha berkata PH menyasarkan untuk meletakkan calon di 23 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Pakatan Harapan (PH) akan mengumumkan senarai penuh calon yang bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17 pada awal bulan depan, kata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah Datuk Mustapha Sakmud.
Beliau berkata PH menyasarkan untuk meletakkan calon di 23 daripada 73 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) yang dipertandingkan.
Mustapha berkata calon yang bakal diketengahkan melibatkan gabungan muka lama dan baharu, teknokrat dan bekas penjawat awam serta kepimpinan di peringkat cabang.
"Setakat ini, kita dimaklumkan ada 21 hingga 23 kerusi ditawarkan untuk PH, tetapi senarai calon yang dipersetujui akan diumumkan Perdana Menteri yang juga Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim pada awal November," katanya kepada pemberita selepas program Festival Bahasa Institusi Pengajian Tinggi (IPT) di Universiti Teknologi Mara (UiTM) di sini hari ini.
Mustapha yang juga Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi berkata jentera PH cukup bersedia dan bersemangat tinggi untuk menggerakkan kempen bagi memenangkan calon-calon parti itu pada pilihan raya berkenaan.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) hari ini menetapkan tarikh penamaan calon PRN Sabah pada 15 Nov, manakala tarikh pengundian awal dan hari pengundian masing-masing pada 25 dan 29 Nov.
Pada 6 Okt lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah bagi memberikan laluan kepada PRN Sabah ke-17.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang dilantik.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
#PH umum calon
#Mustapha Sakmud
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan