awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kim Jong Un pantau ujian peluru berpandu altitud tinggi
Pemimpin pembangkang Bangladesh, Tarique Rahman kembali ke tanah air selepas 17 tahun dalam buangan
Parlimen Algeria isytihar penjajahan Perancis sebagai jenayah, tuntut permohonan maaf dan pampasan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Polis terima 199 laporan pelbagai kesalahan

Bernama
Bernama
26/09/2020
12:42 MYT
PRN Sabah: Polis terima 199 laporan pelbagai kesalahan
Sebanyak 62 kertas siasatan telah dibuka dan hasil siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
Polis Sabah menerima 199 laporan membabitkan pelbagai kesalahan sepanjang kempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah bermula 12 September lalu hingga semalam, kata Pesuruhjaya Polis Negeri, Datuk Hazani Ghazali.
Beliau berkata daripada jumlah laporan tersebut, sebanyak 62 kertas siasatan telah dibuka dan hasil siasatan akan dirujuk ke Pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.
"Antara kesalahan adalah di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (Khianat), Seksyen 500 Kanun Keseksaan (Fitnah), Seksyen 385 Kanun Keseksaan (Pemerasan), Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia, Seksyen 25 (1) (i) Peraturan-Peraturan Pendaftaran (Menggunakan Kad Pengenalan Orang Lain Untuk Mengundi)," katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini
Hazani juga menzahirkan ucapan terima kasih kepada semua yang telah bertungkus lumus untuk memastikan proses PRN Sabah dapat diadakan dengan lancar hari ini.
"Biar siapa pun mendapat mandat rakyat, polis Sabah kekal bersikap berkecuali dalam memastikan ketenteraman, keselamatan dan kesejahteraan negeri Sabah," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#kesalahan pilihan raya
#pilihan raya
#polis
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#Sabah
#Sabah Memilih
#siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan