awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Satu parti tidak boleh bertahan tanpa sokongan

Assim Hassan, Hasimi Muhamad
Assim Hassan, Hasimi Muhamad
25/09/2020
08:34 MYT
PRN Sabah: Satu parti tidak boleh bertahan tanpa sokongan
Muhyiddin Yassin berucap ketika hujan lebat pada majlis ramah mesra Perdana Menteri bersama pengundi Tamparuli Kampung Sungai Damit pada Jumaat. Gambar BERNAMA
Tiada satu parti dalam negara yang boleh bertahan tanpa sokongan atau bergabung dengan parti-parti lain, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Malah, jelas Perdana Menteri, sokongan majoriti dalam kalangan parti-parti penting untuk membentuk sebuah kerajaan yang stabil dan kukuh.
"Tiada satu parti politik yang boleh bertahan sendiri-sendiri sahaja. UMNO bersendirian tidak boleh... Bersatu atau Perikatan Nasional bersendirian tidak boleh... PBS (Parti Bersatu Sabah) bersendirian juga tidak boleh.
"Hanya dengan gabungan parti-parti yang cukup bilangan boleh membentuk kerajaan," katanya.
Beliau berkata demikian dalam Majlis Ramah Mesra bersama Perdana Menteri di Pusat Daerah Mengundi (PDN) Sawah, Tamparuli pada Jumaat.
Hadir sama, Ketua Pimpinan Bersatu Sabah, Datuk Seri Hajiji Noor; Setiausaha PBS, Datuk Jahid Jahim dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Seri Abdul Rahman Dahlan.
BACA: PRN Sabah: "Di mana janji mu, Shafie?" - Muhyiddin
Muhyiddin yang juga Pengerusi PN menzahirkan keyakinan bahawa pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tamparuli memberi sokongan kepada calon PN.
"Saya tengok semua wajah di sini ada 'jenama' PN. Hampir 101 peratus sokongan PN. Saya tidak ragu dan bukan juga mahu bongkak atau sombong tetapi kita harus yakin apabila kita hendak membuat sesuatu ibadah," katanya.
Topic Berkaitan
#Muhyiddin Yassin
#parti politik
#Perdana Menteri
#Politik Sabah
#PRN Sabah
#Sabah Memilih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan