awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RUU tempoh jawatan tidak libatkan Ketua Menteri dan Menteri Besar - Azalina
Bayaran balik lebihan cukai taksiran 2023, 2024 diselesaikan tahun ini - PM Anwar
Britain larang iklan makanan ringan di TV, platform digital mulai hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Shafie Apdal angkuh - Ahli Parlimen Kimanis

Astro Awani
Astro Awani
16/11/2020
13:47 MYT
PRN Sabah: Shafie Apdal angkuh - Ahli Parlimen Kimanis
Datuk Mohamad Alamin menyifatkan kenyataan Datuk Seri Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sebagai angkuh. - Bernama
KUALA LUMPUR:Ahli Parlimen Kimanis, Datuk Mohamad Alamin menyifatkan kenyataan Datuk Seri Mohd Shafie Apdal mempertahankan keputusannya membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi mengadakan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah, sebagai angkuh.
Jelas Mohamad yang juga Pengerusi Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO), kenyataan itu juga secara langsung menunjukkan Presiden Parti Warisan Sabah (Warisan) itu tidak mengambil berat tentang kebajikan dan kepentingan ketika negara berhadapan pandemik COVID-19.
“Sudah menjadi bukti bahawa PRN Sabah secara langsung telah menjadi punca utama kepada jangkitan serius COVID-19.
BACA: Shafie pertahan keputusan bubar DUN Sabah, sanggup 'mati'di gelanggang politik
“Masalah itu sudah tentu telah boleh dielakkan sekiranya tidak ada PRN.
“Itu sebabnya kita telah menegaskan agar Datuk Seri Shafie Apdal seharusnya bertanggungjawab atas apa yang berlaku di Sabah sekarang,” katanya dalam satu kenyataan, malam Isnin.
Mohamad menambah kerajaan pusat dengan kerjasama dan sokongan padu kerajaan Negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) akan meningkatkan usaha dalam menangani masalah COVID-19 dengan menghulurkan segala bantuan yang diperlukan oleh rakyat.
Terdahulu, pada sesi Perbahasan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2021 di Dewan Rakyat, Mohamad bertanya apakah Shafie kesal kerana mencadangkan pembubaran DUN bagi mengadakan PRN Sabah sehingga membawa peningkatan kes COVID-19 di negeri itu.
Ahli Parlimen Semporna itu kemudian memaklumkam beliau lebih sanggup 'mati' di gelanggang politik berbanding menyerahkan kuasa kepada pihak yang cuba menganggu-gugat pentadbiran kerajaan Negeri, ketika itu.
BACA: Peruntukan RM80 juta kepada JASA tidak perlu, Kemas boleh mainkan peranan - Shafie Apdal
Topic Berkaitan
#Shafie Apdal
#Datuk Mohamad Alamin
#Dewan Rakyat
#Semporna
#pilihan raya
#kerajaan
#presiden
#pandemik
#COVID-19
#politik
#Parlimen
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan