PRN Sabah: SPR adakan Mesyuarat Khas 16 Okt

SPR akan adakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober untuk menetapkan tarikh penting PRN Sabah ke-17. - Gambar hiasan
PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada 16 Okt ini, bagi membincangkan beberapa tarikh penting dan perkara lain berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17.
Ringkasan AI
- SPR akan adakan Mesyuarat Khas pada 16 Oktober untuk menetapkan tarikh penting PRN Sabah ke-17 selepas menerima pemakluman rasmi pembubaran DUN Sabah ke-16 daripada Speaker.
- Pilihan raya mesti diadakan dalam tempoh 60 hari dari tarikh pembubaran mengikut Perlembagaan Negeri Sabah; DUN Sabah mempunyai 79 kerusi (73 dipertandingkan, enam dilantik).
- PRN Sabah 2020 menyaksikan GRS membentuk kerajaan dengan 41 kerusi, diikuti Warisan (23) dan PH (9); pembubaran kali ini diumumkan oleh Ketua Menteri Hajiji Noor selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri.
Isnin lepas, Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor mengumumkan pembubaran DUN Sabah pada sidang media selepas Majlis Perjumpaan Ketua Menteri Bersama Wakil Rakyat Kerajaan Sabah di Menara Kinabalu.
Pengumuman dibuat selepas mendapat perkenan Yang Dipertua Negeri Sabah Tun Musa Aman di Istana Seri Kinabalu.
DUN Sabah mempunyai 79 kerusi, dengan 73 daripadanya dipertandingkan manakala enam lagi merupakan Ahli DUN yang dilantik.
PRN Sabah Ke-16 pada 2020 menyaksikan GRS yang ketika itu berada dalam gabungan Perikatan Nasional bersama Barisan Nasional (BN) dan PBS serta sokongan Ahli DUN bebas, berjaya membentuk kerajaan Sabah dengan memperoleh 41 daripada 73 kerusi dipertandingkan.
Parti Warisan pula meraih 23 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) memenangi sembilan kerusi.
-- BERNAMA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami