awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PRN Sabah: Warisan terdesak raih dukungan rakyat - Azmin Ali

Fauzi Suhaimi
Fauzi Suhaimi
25/09/2020
07:12 MYT
PRN Sabah: Warisan terdesak raih dukungan rakyat - Azmin Ali
Mohamed Azmin mengajak semua rakyat Sabah untuk menzahirkan sokongan kuat dan padu kepada calon PN, BN dan PBS dalam PRN esok. - Gambar file
Ketua Penerangan Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menyifatkan penyebaran video lama berhubungan sokongan beliau kepada calon Parti Warisan Sabah (Warisan) sebagai terdesak dan cuba mendapatkan perhatian murahan.
Jelas beliau, ucapan tersebut dibuat ketika beliau turun ke Parlimen Kimanis dalam kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) pada Januari lalu untuk membantu calon Warisan yang merupakan rakan sekutu Pakatan Harapan (PH) ketika itu.
"Saya dimaklumkan bahawa ada pihak yang tidak bertanggungjawab telah menularkan ucapan saya dalam satu sidang media yang kononnya saya memberi sokongan kepada Warisan.
Kenyataan Media - Pihak yang tidak bertanggungjawab telah menularkan ucapan saya dalam satu sidang media yang kononnya saya memberi sokongan kepada Parti Warisan Sabah (Warisan). Mereka terdesak raih dukungan rakyat!https://t.co/4PM5cQGsbu
— Mohamed Azmin Ali (@AzminAli) September 25, 2020
"Penyebaran ucapan tersebut yang diulang semula beberapa jam sebelum hari pembuangan undi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah membuktikan bahawa Warisan berada dalam situasi yang kian terdesak dan cuba mendapatkan sokongan saya untuk calonnya," katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
Terdahulu tular dalam media sosial satu klip video sidang media Mohamed Azmin berdurasi 28 saat yang meminta agar rakyat memberikan sokongan kepada calon Warisan.
Dalam pada itu, Mohamed Azmin mengajak semua rakyat Sabah untuk menzahirkan sokongan kuat dan padu kepada calon PN, Barisan Nasional (BN) dan Parti Bersatu Sabah (PBS) dalam PRN esok.
"Saya telah menjelajah ke hampir seluruh Negeri Sabah termasuk kawasan pedalaman sepanjang tempoh kempen PRN Sabah ini.
"Dalam program-program menyantuni rakyat Sabah, saya dapat merasakan bahawa dukungan rakyat cukup kuat dan utuh kepada PN dan rakan-rakan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) bagi menuntut perubahan pada hari esok.
"Saya yakin dan percaya, rakyat Sabah mendambakan sebuah kerajaan negeri yang stabil dan mempunyai hubungan baik dengan Kerajaan Persekutuan demi kemakmuran negeri dan kesejahteraan rakyat Sabah," katanya.
Topic Berkaitan
#Azmin Ali
#Barisan Nasional
#COVID-19
#kerajaan
#media sosial
#Pakatan Harapan
#Parlimen
#PBS
#pilihan raya
#pilihan raya kecil
#PRN Sabah
#rakyat
#Sabah Memilih
#video
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan