KUBANG PASU: Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail mendedahkan gambar menunjukkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mengadakan lawatan tapak di Hutan Simpan Bukit Enggang di Sik pada 19 Februari lalu.
Saifuddin mendakwa, pendedahan gambar itu sekali gus membuktikan Muhammad Sanusi sememangnya mempunyai pengetahuan mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah.
Bagaimanapun Setiausaha Agung Pakatan Harapan (PH) itu berkata, Muhammad Sanusi hanya mendiamkan diri dan tiada tindakan diambil berkaitan perkara terbabit.
"Menteri Besar telah turun dan menyaksikan sendiri insiden kecurian ini, dia tengok sendiri bagaimana kemusnahan kawasan, bagaimana cari gali yang secara intensif dilakukan melibatkan kawasan yang demikian luas.
"Namun dari tarikh itu tiada tindakan yang benar-benar serius telah diambil oleh beliau setelah usai lawatan ke lokasi kejadian," dakwanya ketika sidang media di Bilik Gerakan Utama Dewan Undangan Negeri (DUN) Jitra di sini, pada Khamis.
Menurutnya, Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) itu bukan sekadar berdiam diri malah berterusan menafikan bahawa beliau mempunyai maklumat mengenai kejadian berkenaan.
"Saksikan dalam banyak-banyak ucapan beliau dalam YouTube dan media sosial, dengan selamba beliau menafikan dan berulang kali sebut tiada pengetahuan tentang insiden kecurian ini.
"Ini sebenarnya menimbulkan kebimbangan yang serius tentang isu ketelusan dan akauntabiliti," katanya.
Dakwa Saifuddin, paling dikesalkan Pengarah Pejabat Tanah dan Galian (PTG) Kedah tidak melakukan sebarang tindakan, sedangkan Enakmen Mineral Kedah 2004 memperuntukkan sekurang-kurangnya tujuh seksyen yang membolehkan tindakan dibuat.
"Akibatnya yang menanggung kerugian adalah rakyat Kedah yang sepatutnya diberi jaminan perlindungan kepada sumber semula jadi dengan langkah tegas perlu diambil ke atas mereka yang terbabit dalam kegiatan haram ini.
"Saya sebut dua hari lepas, salah satu struktur (jawatan) dalam Perbadanan Menteri Besar (MBI) adalah Pengarah PTG, dia memegang jawatan penting sebagai ahli panel penasihat MBI. Selain itu, beliau atau wakilnya juga adalah Ahli Jawatankuasa Sumber Mineral Negeri," katanya.
Jelasnya, individu-individu terbabit adalah pihak berkuasa yang bertanggungjawab menyiasat perkara berkaitan Enakmen Mineral Kedah 2004.
"Saya telah meneliti pelbagai peruntukan dalam enakmen tersebut. Adalah menghairankan, walaupun isu ini sangat serius, tiada kertas siasatan dibuka untuk menangani perlombongan haram dan pencurian berterusan," katanya.
Sementara itu, Saifuddin menegaskan tidak gentar dengan ugutan Muhammad Sanusi untuk memfailkan satu lagi saman terhadapnya kerana mendedahkan isu berkaitan REE.
"Dia nak saman, samanlah. Ini ada surat beliau tulis kepada bekas Menteri Dalam Negeri (Datuk Seri Hamzah Zainudin) memohon So Loi Fat sebagai Pengerusi Prospek Suria Kedah mendapatkan Pas Lawatan Ikhtisas masuk ke negara ini, jadi di mana tidak ada kaitannya?
"Semakan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) mendapati ada Prospek Suria Kedah yang ditubuhkan pada November 2019 dan pengarahnya adalah So Loi Fat dan Ketua Pegawai Eksekutif MBI, Muhamad Sobri Osman.
"Betul So Loi Fat masuk sebelum Sanusi jadi Menteri Besar menggunakan Pas Lawatan Sosial, tetapi surat Sanusi yang membolehkan dia masuk menggunakan Pas Lawatan Ikhtisas sebagai profesional, dia pemegang saham dan jawatan dalam Prospek Suria Kedah," katanya.
Saifuddin menegaskan, tidak mungkin Ketua Pegawai Eksekutif MBI membuat keputusan menubuhkan syarikat Prospek Suria Kedah melainkan dia melaporkannya terlebih dahulu kepada Panel Penasihat MBI.
"Saya katakan bahawa Sanusi tahu semua operasi ini, pembabitan So Loi Fat yang kini menghilangkan diri, dia tahu banyak," dakwanya. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Aug 03 2023
Saifuddin mendakwa, pendedahan gambar itu sekali gus membuktikan Muhammad Sanusi sememangnya mempunyai pengetahuan mengenai kecurian unsur nadir bumi (REE) di Kedah. - Gambar/ Sinar Harian
AWANI Ringkas: Perketat kawalan premis kerajaan, tumpuan awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penyasaran subsidi tidak harus bebankan rakyat terbanyak - PM
Kerajaan tidak mampu memberi subsidi kepada golongan mahakaya dan warga asing kerana hasil usaha penyasaran subsidi diesel, jumlah penjimatan dijangka (secara kasar) sekitar RM4 bilion setahun.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi ke atas bahan api - PM
Penyasaran subsidi akan mula dilaksanakan ke atas bahan api
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
diesel dan sebagai permulaan, penyasaran subsidi diesel hanya akan melibatkan pengguna di Semenanjung Malaysia.
Jangan perkenalkan dasar yang bebankan rakyat miskin - PM
Kekangan hasil dan perbelanjaan tidak berhemat menyebabkan kerajaan menanggung bebanan hutang. Timbunan hutang hanya membazirkan wang rakyat kerana banyak dihabiskan untuk bayar faedah hutang.
[TERKINI] Perutusan Negara oleh Perdana Menteri
Ikuti Perutusan Negara Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Polis panggil Mohamed Azmin bantu siasatan berhubung pendedahan maklumat
Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata rakaman keterangan itu, bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 203A Kanun Keseksaan iaitu pendedahan maklumat.
Lapan cap jari ditemukan di lokasi Faisal Halim disimbah asid - KPN
Bagaimanapun, hasil analisis mendapati lima daripadanya tidak cukup sifat.
Kerajaan setuju laksana penyasaran subsidi bahan api diesel - PM Anwar
Dengan penyasaran subsidi diesel tersebut, jumlah penjimatan kepada kerajaan adalah dijangka sekitar RM4 bilion setahun.
Rasuah adalah barah utama yang melemah ekonomi negara, menjatuhkan moral rakyat - PM
Kelemahan tatakelola dan amalan rasuah sudah sistemik, dari peringkat atas, peringkat penengah hingga ke peringkat bawahan.
Azizulhasni ketepi saingan Ridwan, juarai acara pecut di Nilai
Jaguh berbasikal trek negara, Datuk Mohd Azizulhasni Awang tidak berdepan masalah menjuarai acara pecut lelaki elit pada Kejohanan Berbasikal Trek Kebangsaan 2024.
Lapan bulan selepas PRN, tiada apa-apa dilakukan UMNO Selangor - Tengku Zafrul
Keputusan PRN Selangor merupakan amaran terakhir buat parti itu dan kalau itu masih belum celikkan parti, tiada apa lagi yang boleh sedarkan UMNO Selangor.
Kerjasama Warisan dan UMNO Sabah tidak beri kesan kepada Kerajaan Perpaduan - Armizan
Armizan menjelaskan pendirian mana-mana parti untuk bekerjasama dalam menghadapi pilihan raya merupakan hak masing-masing.
Hajiji tidak tolak kemungkinan PRN Sabah diawalkan
Hajiji berkata tempoh tamat penggal pentadbiran kerajaan negeri GRS-PH Plus adalah pada Oktober 2025.
Pas ada potensi besar ambil alih Kerajaan Persekutuan - Tuan Ibrahim
Mengambil contoh Pilihan Raya Negeri (PRN) baru-baru ini, Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata gelombangnya jelas namun parti kurang bersedia untuk menyokongnya.
Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam dahului senarai penerima Darjah Kebesaran Pulau Pinang
Zulkapli, 58, yang dilantik memegang jawatan itu sejak Februari lalu, merupakan penerima darjah tertinggi negeri iaitu Darjah Panglima Pangkuan Negeri (DPPN) yang membawa gelaran Datuk Seri.
PRN: Petisyen pilihan raya empat kerusi dikemuka dalam masa terdekat - MB Selangor
Petisyen pilihan raya bagi membatalkan keputusan empat kerusi dimenangi Perikatan Nasional (PN) pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Selangor bulan lepas akan dikemukakan dalam masa terdekat.
Keputusan, penyata pengundian PRN dan PRK Kuala Terengganu diwartakan
Pewartaan itu adalah selaras dengan kehendak di bawah Peraturan-Peraturan Pilihan Raya (Penjalanan Pilihan Raya) 1981.
Isu Fahmi didakwa berkempen di masjid dianggap selesai - MAIS
Isu Fahmi Fadzil yang didakwa berkempen di dalam sebuah masjid di Kundang, Rawang pada Julai lepas dianggap selesai, kata MAIS.
GRS terbuka jalin kerjasama dengan mana-mana parti demi kebaikan rakyat Sabah - Hajiji
Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengambil sikap terbuka terhadap mana-mana parti politik yang ingin membentuk kerjasama dengannya bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.
Penjawat awam sokong PN dalam PRN - Ilham Centre
Kajian badan penyelidikan, Ilham Centre mendapati pola pengundian pada pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri baru-baru ini menunjukkan penjawat awam lebih menyokong Perikatan Nasional (PN).